[Gambar] Beli kucing berharga RM100,000

Dilaporkan Seorang peminat kucing dari Adelaide, Australia sanggup membelanjakan RM100,000 bagi memenuhi hasratnya memelihara seekor kucing Bengal dari Moscow, Rusia.

Kucing itu pada asalnya berharga RM30,000 tetapi harga itu melonjak sehingga mencecah RM100,000. Ini berikutan kos tambahan seperti kos perjalanan, insurans, kuarantin, perubatan dan makanan.

Kucing betina yang dinamakan Polar Day itu, difahamkan perlu dikuarantin sekurang-kurangnya 6 bulan di negara transit seperti yang disyaratkan kerajaan Australia terhadap kemasukan haiwan asing.

Kucing ini dijual oleh Svetlana Ponomareva, 50, dari Moscow Februari lalu dan ia dibeli oleh Julie Menadue Sancheita, 50, dari Adelaide, Australia.

Polar Day dikuarantin di Cattery Kittun Katz,  iaitu sebuah Pusat pemeliharaan dan pembiakan kucing di Kelantan .


Hezlin Fazrina Abdul Hadi Nor iaitu pemilik Cattery Kittun Katz menunjukkan kucing tersebut sebelum dihantar kepada tuannya di Australia. – foto Kosmo.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

One thought on “[Gambar] Beli kucing berharga RM100,000

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge