Categorized under: Haiwan, Lawak sempoi, Renungan

Jangan Benci Kucing.

kucing

Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.

Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan
sehari-hariannya. Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya.

Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi , Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentak lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza.

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok Berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lengan.

Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan ditempuh, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah. Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh suspen lagi berdebar-debar. ..

Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.
Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi…
Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.
Budin. Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni..

Ape Pendapat Korang?

  1. huhuhuhhu :ketawa:
    suh budin pki gps pastu anta tompok jauh2
    huhu ke tompok yg pki gps nih huhu :comel:


    mesmerising_wan
    July 20th, 2008
  2. :korek: tompok pkai 3G beb..


    The Twelve
    July 21st, 2008
  3. octa jd author kat cni?hehehe~blog dier bersepah dengan taik bijih dier g wat sepah kat sini plak yer..kui3x… :jalan:


    neo
    July 21st, 2008
  4. pki broadband kot… :ketawa:


    mesmerising_wan
    July 21st, 2008
  5. ape kes benci kucing…sengal..lain kali potong jer misai kucing tu.baru la dia mengong sikit :ketawa:
    xmindfreakxs last blog post..Cinta:Aku Malu


    xmindfreakx
    July 22nd, 2008
  6. jahat2
    :marah:
    mesmerising_wans last blog post..beli ayam ngan hotdog…


    mesmerising_wan
    July 22nd, 2008
  7. :korek: biar real.. leh ko potong misai dia? apa jd nnt?


    The Twelve
    July 23rd, 2008
  8. muahahahahhaaaa… aku ingatkan cerita pengaran.. rupanya.. cis!! tipah tertipu..

    p/s - bini jgn sayang kucing lebey dari laki udah lerr…

    samdaddycools last blog post..Banyaknya duit!


    samdaddycool
    July 23rd, 2008
  9. :menari: …huhu….


    cucu
    July 23rd, 2008
  10. :jalan:


    The Twelve
    July 23rd, 2008
  11. tu la buat jahat sangat… tuan sendiri yg bodoh….
    pandai kucing drpd tuannya?


    eyza
    July 24th, 2008
  12. :jalan:


    eyza
    July 24th, 2008
  13. lain kali jgn benci sangat kat kucing………………. :ketawa:


    eyza
    July 24th, 2008
  14. :teruja:
    alala terer ny si tompok tu..mst comel ni..lalala~


    are-ink
    July 31st, 2008
  15. kucingkan cute..nape benci??skrg ni i tgh sedih..kucing i mati pagi tadi..huh… :nangis: :merana: :nangis3: :waa:


    kitty
    August 5th, 2008
  16. tu la pasal…nape la diorang ni x suke kucing ..huhuhu :huhuhu:


    Shifaa
    August 6th, 2008
  17. hahaha…lawak gillerrr…padan muka budin benci sangat kat budin :comel: :menari: :teruja: :korek: :jahat: :bye: :study: :jalan: :tidur: :ketawa: :marah: :marah: :nyayi: :nangis: :malu2: :lala: :fuh: :fikir: :peluh: :super: :malu2: :teruja: :malu2:


    evanesCence
    August 31st, 2008
  18. ape kes lak budin nih!sengal la ko….


    faz
    September 10th, 2008

:comel: :menari: :teruja: :korek: :jahat: :bye: :study: :jalan: :tidur: :ketawa: :marah: :nyayi: :nangis: :malu2: :lala: :fuh: :fikir: :peluh: :super: more »
RSSSubscribe to my feed now.

Hidup Biar Sempoi

Member Sempoi





Jadi Geng Sempoi
Recover password


About Me

Blog eSempoi.com | Hidup biar sempoiUiTM Perak Landscape Architecture Student & Part Time Blogger. Suke cari duit online & suke cari pasal...hahaha. Blog eSempoi.com ni merupakan blog aku yang ke-5 dan blog rasmi aku yang berbahasa melayu . Aku harap dapat berkongsi ilmu dengan korang disamping membuka minda kite kat dunia luar. LIFE's is Weird!!