Tapak Kaki Dinosour

PARIS- Pakar-pakar haiwan purba Perancis mendakwa mereka menemui tapak kaki dinosaur baru- baru ini yang dipercayai terbesar pernah ditemui.     Menurut seorang saintis Pusat Penyelidikan Saintifik Kebangsaan Perancis; Jean-Michel Mazin; kesan tapak kaki itu yang berukuran antara  1.4 meter hingga 1.5 meter panjang ditemui di pergunungan Jura.

Setakat ini sebanyak 20 tapak kaki dikesan di kawasan seluas 10 hektar namun, saintis percaya, terdapat ratusan atau ribuan lagi kesan sama yang belum ditemui. Tapak kaki itu terpelihara   dengan baik dan dipercayai daripada dinosaur jenis sauropod sebelum terbiar di dalam lumpur sehingga 150 juta tahun. Penyelidik-penyelidik berkata, penemuan tersebut akan membantu mereka mendapatkan pengetahuan lebih baik mengenai haiwan berleher panjang itu.

Berdasarkan saiz tapak kaki itu, saintis-saintis menganggarkan berat dinasour itu antara 30 hingga 40 tan dan panjang lebih 25 meter.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

One thought on “Tapak Kaki Dinosour

  1. Chip sampai sekarang masih sangsi samada dinasour ni ade ke tidak.. sebab ade terjumpa satu artikel yang mengatakan sebenarnya makhluk dinasour ini sengaja diadakan para saintis barat untuk mencipta sejarah sendiri..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge