Wanita Hamil Terkejut Ular Sawa Dalam Bonet Kereta

Seorang wanita hamil 5 bulan terkejut apabila mendapati seekor ular sawa berada didalam bonet enjin keretanya. Kejadian itu disedarinya apabila dia yang baru tamat syif kerja ingin pulang ke rumah sebelum mendapati enjin keretanya bunyi seperti kebocaran gas.

Ketika dia cuba memeriksa enjin keretanya itu, dia menjumpai seekor ular sawa berada dalam enjin. Terkejut dengan keadaan itu, dia segera masuk semula kedalam kereta.

“Mulanya saya sangka bunyi gas bocor, namun selepas bonet dibuka, saya nampak seekor ular sawa berada dalam enjin kereta,” kata Sarah Majid, 25 (wanita hamil itu).

Selepas beberapa ketika didalam kereta, dia kemudiannya memandu ke pejabat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Daerah Pekan Alor Gajah bagi meminta bantuan mengeluarkan “tetamu yang tak diundang ” itu.

Menurut Ketua Operasi JPAM Alor Gajah, Shahril Anuar Abd Rauf , ular sawa itu seberat hampir 15 kilogram dan berjaya dikeluarkan dengan selamat kira-kira 20 minit.

Gambar Hiasan – Ular sawa dalam enjin kereta.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge