Dilaporkan ada seorang kasanova licik dari Kuala Berang, Terengganu telah memperdaya beberapa wanita di Myjodoh.net .
Lelaki kasanova itu dikenali dengan nama Marzuki berumur 37 tahun,berkulit sawo matang.Dia dikatakan menyamar sebagai jurutera dan mendakwa mempunyai talian saudara dengan salah seorang Exco kerajaan negeri Terengganu.
Ciri-ciri wanita yang diperdayanya ialah berbadan besar, montok, gebu, wanita bujang atau janda yang berumur antara 20-an hingga 30-an.
Antara taktiknya ialah menabur janji nak berkahwin dengan wanita itu sebelum mengebas wang mangsanya.
“Myjodoh.net yang ‘menyatukan’ kami. Walaupun dia tidak kacak tapi bila bercakap dengannya, jantung saya berdebar-debar, hati asyik teringat. Susah nak gambarkan, pendek kata dia memang hebat bermain dengan kata-kata manis,”kata seorang mangsa, Fatin Amira, umur 20-an yang menjadi mangsa lelaki yang bernama Marzuki itu.
Mangsa Kasanova di Myjodoh.net, dari kiri Fatin Amira dan Salsabila . Mereka telah membuat laporan polis kerana didakwa ditipu seorang kasanova – Foto Kosmo.com.my

banyak contoh dah berlaku sebelum ni, ambik ikhtibar dan peringatanlah hendaknya..