Cats FM rai anak-anak Peryatim

Stesen radio swasta Sarawak, Cats FM telah menganjurkan program For The Love of Our Children (FTLoC) di Taman Tema Sunway Lagoon dan seramai 30 anak yatim daripada Peryatim (Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak) termasuk 10 pelajar cemerlang Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (Yakin) hadir disana semalam.

Dilaporkan program ini dilaksanakan atas dasar kesedaran sosial dan juga rasa kasih sayang yang mendalam terhadap golongan seperti mereka.

Program For The Love of Our Children ini akan berlangsung selama 3 hari dengan pelbagai aktiviti telah diatur disana dan ini merupakan siri kedua projek tanggungjawab sosial Cats FM. kata Pengarah Eksekutif Radio Cats FM, Datin Hanifah Taib-Alsree.

Siaran radio Cats FM boleh diakses melalui internet di laman web www.catsfm.my dan boleh didengar diradio menerusi frekuensi 99.3 FM di Sarawak.
Penyampai radio Cats FM dan anak Peryatim bergambar di Sunway Pyramid.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge