Kutipan Hantu Kapcai cecah RM3 juta

Dilaporkan kutipan tayangan filem Hantu Kapcai berjaya  mencatatkan kutipan kasar sebanyak RM3 juta selepas seminggu ditayankan di pawagam seluruh Malaysia.

“Saya rasa kalau hendak dikatakan mengenai promosi yang dijalankan membantu kutipan filem ini, aktiviti promosi tidaklah dijalankan terlalu awal sangat daripada tarikh tayangannya tetapi saya percaya dengan promosi melalui ‘words of mouth’ itu secara tidak langsung membantu kepada kejayaan filem ini.

“Selain itu, saya rasa faktor pelakon juga memainkan peranan yang penting seperti kita tahu Zizan, Remy, Fizz dan Neelofa mempunyai kelompok peminat mereka tersendiri yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat selain jalan cerita ini yang menyasarkan kepada komuniti budak-budak motor.”, kata pengarahnya,  Ghaz Abu Bakar.

Hantu Kapcai mengisahkan Ajib lakonan Zizan, seorang mat rempit yang kesempitan wang telah terjebak dalam perlumbaan haram dengan musuh ketatnya, Tiger (Remy Ishak) demi memenangi wang pertaruhan.

Bagi memastikan kemenangan berpihak kepadanya, Tiger telah melakukan khianat dalam perlumbaan itu sehingga menyebabkan kemalangan ngeri yang mengorbankan nyawa Ajib.

Ajib kini menjadi hantu yang hanya mampu dilihat oleh calon Imam Muda di kampungnya iaitu Ibrahim (Fizz).

Gambar Pengarah Hantu Kapcai, Ghaz Abu Bakar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge