Pemandu Bas Yang Jambu.

Personaliti seorang pemandu bas,Xiong Xingyuan yang berusia 27 tahun telah menarik orang ramai untuk menaiki bas yang dipandunya terutamanya para gadis kerana dia disebut-sebut sebagai pemandu bas yang paling hensem dan jambu di China setelah gambarnya tersebar di internet.

Xiong telah memandu bas selama tujuh tahun setelah menamatkan pengajian di sekolah tinggi. Orang ramai memberikannya gelaran ‘Shuai Xiong’ atau si tampan Xiong dan beliau digambarkan sangat fashionable ditambah pula dengan ketinggiannya 180 sentimeter persis seorang model.

Xiong juga dikatakan seorang pemandu yang sangat cermat dan melayan penumpang dengan sopan santun.Selama 7 tahun dia menjalankan tugasnya,belum pernah lagi mengalamani kemalangan.

Meskipun digilai oleh para wanita,Xiong menyatakan dia hanya menjalankan tugasnya.

“Kita harus melayan penumpang sepertimana mereka adalah ahli keluarga kita.Saya hanya ingin memastikan mereka berasa selesa di dalam bas dan kita tidak boleh melanggar peraturan di jalan,”

Xiong juga menegaskan dirinya tidak pernah berusaha mencari perhatian sepertimana yang dituduh oleh banyak pihak.

“Di dalam pekerjaan, kita harus melakukan tugas dengan baik.Saya bukan seorang bintang mahupun seorang artis,”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

One thought on “Pemandu Bas Yang Jambu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge