GameNow WP Theme

Dark Light
PISCES : YANG SENSITIF

PISCES : YANG SENSITIF

Ciri Positif
Orang yang lahir pada tarikh antara 19 Febuari hingga 20 Mac dikatakan bernaung di bawah zodiak Pisces, yang berlambang ikan. Anda mengutamakan cinta sejagat, bersifat manja, sentiasa mencari ilham, memperlihatkan kepercayaan, ada persefahaman, berjiwa puitis, gemarkan muzik, beragama, bersifat setia, mampu melayan diri, mengutamakan kerohanian, dan tidak mudah mengaku kalah.

Ciri Negatif
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda berasa keliru, bersalah, mudah mengaku kalah – diri, kecewa, bimbang, risau, terlibat dalam penipuan, ketagihan, dan mudah menurut kemahuan hati.

Kualiti Astrologi
Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda ialah GEMINI, VIRGO dan SAGITTARIUS.

Lambang Ikan
Kunci Kata Cinta Sejagat
Kekuatan Penerimaan dan Persefahaman
Perlu Perbaiki Penumpuan
Cepat Mesra Dengan Cancer
Perlu Belajar Daripada Virgo
Untuk Keselamatan Berpaling Kepada Gemini
Kerjaya Boleh Dipergaruhi Oleh Sagittarius
Perkara Kerohanian Mudah Dibantu Oleh Aquarius dan/atau Scorpio
Warna Kesukaan Akuamarin dan/atau Hijau-Biru
Warna Yang Membuahkan Cinta, Asmara Dan Harmoni Batu Tanah; Kuning;Oren-Kuning
Warna Yang Menampilkan Kehebatan Diri Merah; Ungu
Batu Permata Permata Putih
Logam Bijih Timah
Bau-bauan Teratai
Hari Terbaik Khamis

PISCES : GELAGAT PERHUBUNGAN

Dalam pergaulan, cita rasa Pisces mudah berubah – ubah. Ini mungkin membingungkan orang sekitarnya. Pisces seorang sensitif ! Tersinggung sedikit cepat menanggis. Anda mudah cemburu tetapi anda hangat dan romantik. Anda akan berusaha menyenangkan kawan atau kekasih. Pisces suka pada pujian dan mengharapkan ungkapan cinta daripada kekasih. Justeru itu, seseorang yang berkeperibadian kuat adalah pendamping yang tepat untuk anda.

TAURUS ( 21 April – 20 Mei) yang pendiam tetapi mantap, sesuai untuk Pisces. Sikap Taurus yang dewasa, bersikap melindungi , akan mententeramkan hati Pisces yang sensitif ini. CANCER ( 21 Jun – 20 Julai ) yang matang dan gemar melindungi, juga diidamkan Pisces.Pasangan Cancer dan Pisces akan senada seirama lantaran kedua – duanya sama – sama berpandangan kolot.

Sebaliknya, ARIES ( 21 Mac – 20 April ) bukan teman yang tepat untuk Pisces. Lagak cakap Aries yang terlalu becok menyukarkan anda yang sensitif. Aries juga banyak meminta – minta buat anda. GEMINI ( 21 Mei – 20 Jun ) juga bukan ideal anda. Sifatnya yang pembosan dan kerap berubah – ubah boleh menyebabkan anda tersinggung.

PISCES : PERHUBUNGAN SEKS

Pisces adalah pemimpi dan hidup dalam dunia fantasi. Anda adalah lambang asmara dan menyenangi makan malam di bawah sinaran lilin dan muzik rentak perlahan. Walaupun Pisces romantik, atau begitu menyintai pasangan anda, namun anda tidak berupaya mengungkap perasaan itu kepada si dia. Tetapi, jangan bimbang, memang itu perangai anda!

PISCES : KERJAYA DAN KEWANGAN

Kelahiran Pisces gemar menyahut cabaran dan suka dihargai. Kerjaya yang banyak cabaran juga bermaksud anda perlu banyak belajar, merantau , dan menimba pengalaman di mana – mana. Sikap penyayang menjadikan kerjaya kelahiran Pisces sebagai doktor, jururawat atau guru.Walaupun kerjaya anda memang menjamin pendapatan yang cukup lumayan tetapi wang bukanlah segala – galanya. Pisces cenderung menjadi pemurah jika mempunyai lebihan wang untuk diri dan keluarga.

PISCES : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA

Dalam kehidupan keluarga dan rumah tangga kelahiran Pisces ini perlu melakukan lebih banyak komunikasi lisan. Anda tidak suka dikongkong, sebaliknya inginkan kebebasan. Pertukaran idea dan pendapat yang tidak emosional dan tenang, memanfaatkan orang lain. Pisces menggemari persekitaran rumah tangga yang mampu membuahkan kepentingan intelek dan minda. Pisces suka melayan jiran sebagai keluarga. Keseluruhannya, demi keharmonian diri, keluarga dan jiran, anda perlukan keseimbangan antara layanan emosi dan layanan intelektual, atau antara keluarga dengan jiran.

Note: Mungkin ada pihak yang mengatakan bahawa nota ini semacam usaha ‘menilik nasib‘ , walhal menilik nasib adalah suatu amalan yang ditegah dalam Islam. Tetapi jangan kita lupa, kita hanya mampu merancang; tetapi Allah s.w.t. yang akan menentukannya.Jadi , salahkah kita mengkaji pelbagai gelagat manusia berdasarkan tarikh lahirnya. Sedangkan usaha ini sejajar dengan hakikat bahawa manusia dijadikan oleh Allah dalam pelbagai bentuk, rupa, warna kulit, saiz, perangai, kegemaran, pembawaan (ketrampilan), dan perasaan? Sudah tentu tersembunyi 1001 jawapan (rahsia) yang cuba dibongkarkan dalam nota in.

pixel PISCES : YANG SENSITIF
Sponsor
   

DAPATKAN UPDATE TERBARU

Update terbaru terus melalui email korang. Terima Kasih atas sokongan korang! Tanpa korang, takde la blog esempoi ni..hehe

Email Korang:

TwitterCounter for @sha_munira  


35 Comments
  • mesmerising1
    April 18, 2009
    #1

    akak aku pisces,,. haha :menari: :menari:

  • G-kin
    April 21, 2009
    #2

    ya2… aku pun tak peduli sangat horoskop ni… permainan dunia semata2.
    Nilai diri sendiri dengan iman dan amal :jack:
    G-kins last blog post..Exam? Oh no…

  • yuz..
    May 4, 2009
    #3

    :comel:
    da jatuh hati ngan org zodiak pieces….

  • kieyla
    May 21, 2009
    #4

    ak adlh pisces…bole dikatakn 90% ia menyamai ak…

  • adq
    May 30, 2009
    #5

    :lala: Hubby aq pices, mmg ade persamaannye pn.. cma aq xamk port sgt, yg baik wt pnduan tuk aq bahagiakn hubby aq.. love ejam 4evr :comel: :comel:

  • lin
    June 1, 2009
    #6

    :study: i like 2 knw about star….its amazing..see,parents can raise a few children..with the same intensity of loving and care..but why they bloom with different characters?
    :comel: that’s y..we need 2 learn about star a bit …coz “tiada 1 benda pn yg djadikn sia2..smuanya mgndungi hikmah…

  • sha
    June 22, 2009
    #7

    :korek2:
    kite pisces….hehehe

  • girl
    September 26, 2009
    #8

    Kawan kepada kawan i zodiak pisces gak tapi tak sama pun attitude dia dengan artikel kat atas tu..Agaknya dia alien kut.. :confused:

  • dilla
    November 20, 2009
    #9

    memang sama pun ciri2 2 dgn saya..xsalahlah.. :teruja:

  • huh?
    November 24, 2009
    #10

    hmm…a:malu2:

  • sayer
    January 23, 2010
    #11

    salam..sy amik entry ni letak dlm blog sy bole ker.. :teruja:

  • AdikSinga
    February 16, 2010
    #12

    Leo punye takde ke? :jack: :fikir:

  • ira
    March 8, 2010
    #13

    :menari: bg saya apa y ttulis ni byk y btul. Bkn saja sbb saya picses, tp bb saya tgk kwn2 saya y pisces mmg cmni. Ha3. Proud 2 be pisces

  • ct
    March 9, 2010
    #14

    :comel: my love pisces.. memang sensitif..
    :teruja: tp die sakit cancer…
    :bye: risau nya hati ini….

  • sab@cat
    May 23, 2010
    #15

    adui2…..apa yang ditulis d atas tu memang betullah….. :peluh:

  • @!Na
    June 4, 2010
    #16

    hehe…btul la kat atas tu…
    i luv pisces….
    i am pisces gurl…
    n love cancer boy……. :comel: :menari: :teruja:

  • jesema
    June 6, 2010
    #17

    :kyu: :merana:
    hmmm….sy stuju btl ngan apa yg ditulis.apa yg dikatakan semuanya da dlm diri sy..
    sy ni pun pisces juga…… :ketawa: :ketawa:
    :hi:

  • nelz
    June 23, 2010
    #18

    sy ni pisces juga . . . best kn . . :menari:

  • Qhat
    July 11, 2010
    #19

    :teruja: yupzzz..toL2x… :ketawa:

  • beben
    August 9, 2010
    #20

    :dsadsad: :fikir: :lala:
    argh……..wawawawa..sot2 suda aq

  • min92
    October 11, 2010
    #21

    wah memang sama ngan aku la apa yg ttlis kat atas 2..im pisces boy hehe :nyayi:

  • remmie
    February 19, 2011
    #22

    Pisces is a Twin Fisher, rule by Neptune the illusion….
    It’s the house of sorrow and psychic garbages.
    Aka Jesus Al-Masih who was a Pisces, not Capricorn… :dsadas:
    If you are a Pisces you are an old soul in a young body….

  • remmie
    March 9, 2011
    #23

    ….PISCES THE TWIN FISHER (19TH FEBRUARY – 21ST MARCH)….

    Mentelah sekarang neh kita sedang berada dibulan Mac, ianya adalah
    dibawah pengaruh zodiak Pisces – The Twin Fisher. Barang siapa lahir
    tanggal 19th Feb – 21st March, anda berwatakkan bintang Pisces…..
    ( Peringatan : Barang siapa yg da mengaji dgn Sang Wahabbi :haha: tuh,
    anda juga adalah berwatakkan sang Wahabbi – Oleh itu tolong jangan
    dibaca laman neh ya. Nanti anda akan turot sama ditudoh sesat larat
    dan syirik… :sd: :haha: :sd: …). Fakta2 apa yg Bang Habeb berikan
    diatas tuh da cukop lengkap. Comaan koq dibawah neh gue hanya nak
    nambah seket2 aja, mohon ijin ya Bang Habeb…. Dibawah neh comaan
    basicnya aja, koq ada seket2 perbedaan tuh hanya dari sudot pandangan
    dari pelbagei astrologers. Utk butiran lanjot koq bisa dicari dilayari dari
    internet… :dsadas:

    PISCES – THE TWIN FISHER : GOING WITH THE FLOW
    _____________The 12 Th Zodiac Sign _____________

    (1) Pisces, the Twin Fisher …….19th Feb – 21st March
    (2) Element : ………………………….. Water
    (3) Quality : …………………………….. Mutable
    (4) Energy : …………………………….. Yin
    (5) Rulers : …………………………….. Neptune (No.7) & Jupiter (No.3)
    (6) Color : ………………………………. Sea-Green
    (7) Gem : ……………………………….. Aquamarine
    (8) Anatomy : …………………………. Feet, Immune System & Hormone System
    (9) Keywords : ……………………….. Compassion, Universality, Inclusiveness
    (10) Methological Archetype ….. The Healer, Jesus Christ, etc…
    (11) Celeb Fishes : ……………….. Mikhail Gorbachev, Ariel Sharon, Elizabeth Taylor,
    ……………………………………………….. Liza Minelli, Ex PWD Minister Sammy Voluk :sd:

    ………………………………. As Above :dsadasccc: So Below …………………………

    :fuh::confused:

  • zik
    July 5, 2011
    #24

    pisces , aku tak sensitif pun..hehe, apepun adalah kajian dan kebetulan jer kalau betul tuh…. wallahuallam…
    zik´s last [type] ..Khasiat tempe, dalam seharian.

  • ainun
    July 23, 2011
    #25

    pisces…ada banyak sama la…tapi tak semua

  • ainun
    July 31, 2011
    #26

    @ mesmerising1:
    kenapa akak pulak…empunya diri tak bg tau…huhu

  • ainun
    July 31, 2011
    #27

    @ min92:
    wah…sama semua ek? hebat2…

  • ainun
    July 31, 2011
    #28

    @ beben:
    beben…sot2 tu apa?

  • ainun
    July 31, 2011
    #29

    @ zik:
    kebetulan je kot…huhu

  • ainun
    July 31, 2011
    #30

    @ nelz:
    ohh…best ke? huhu

  • ainun
    July 31, 2011
    #31

    @ @!Na:
    wah…pakwe cancer eh

  • ainun
    July 31, 2011
    #32

    @ sha:
    sukanya dia..hee

  • kamariah kasmin
    March 14, 2012
    #33

    :korek2: :korek2: .. go,go pieces .. !! da la 90% sma ngn diri sya ,, haha .. :kenyang: :kenyang:

  • shahiezie
    July 20, 2012
    #34

    smuanya sama…hahahahah……. :ketawa:

  • Required: Name
    March 12, 2013
    #35

    :teruja: suka banget,, sesuai banget ma gue,,

Leave a Reply:



CommentLuv badge

:comel: :menari: :teruja: :korek: :jahat: :bye: :study: :jalan: :tidur: more »


Sila Tengok Sila Like Fanpage Esempoi
Apesal.com
Latest Comments Login
Hi Stat
Meta