GameNow WP Theme

Dark Light
Rahsia disebalik nombor rumah anda

funny house Rahsia disebalik nombor rumah anda

Pernah tak anda terfikir mengapa anda memilih rumah yg anda duduki sekarang? Apa nombornya? Apa yang menyebabkan anda tertarik untuk mendiami rumah tersebut?. Ikuti rahsia disebalik nombor rumah anda. Jom kita kira apakah no yang mewakili rahsia disebalik no rumah anda.

Kiraan:
Nombor 17 = 1+7=8
Jadi angka rumah anda ialah 8.Baca keterangan 8 kat bawah….

Nombor 156
= 1+5+6=12
12 = 1+2=3

Jadi angka rumah anda ialah 3.Baca keterangan 3 kat bawah….


funny house2 Rahsia disebalik nombor rumah anda

Rumah nombor 1
Penghuni yg tinggal di rumah ini biasanya dikatakan mempunyai tanggungjawab yg besar terhadap keluarga.Kamu juga sering
berasa kesepian,oleh itu cubalah mencari hobi yg sesuai utk mengisi masa lapang kamu.Kamu juga harus mencari banyak peluang utk bersantai bagi merehatkan fikiran dan tubuh.Sentiasa menghadapi hari-hari yg mendatang dgn penuh ceria dan gembira.

Rumah nombor 2
Orang yg tinggal di rumah ini selalu dibebankan dengan masalah orang lain.Jangan terlalu banyak menyendiri.Carilah
teman-teman utk berbicara.Kamu yg bernaung di bawah zodiak Cancer akan tertarik dgn angka ini.Rumah ini akan memberikan banyak kenangan kepada penghuninya.Cubalah… .

Rumah nombor 3
Biasanya mereka yg tinggal di rumah bernombor ini adalah bercita-cita tinggi dan sangat menggemari pengembaraan dan
percutian.Oleh itu mereka berani mengambil risiko tanpa memikirkan akibatnya degan lebih mendalam lagi.Penghuninya juga sangat mementingkan ‘kesempurnaan’ dalam segala-galanya bahkan rumah mereka mempunyai tempat-tempat khas untuk meletakkan barang tertentu mengikut kesesuaian.Mereka jenis ini amat menitik beratkan soal kecantikan dalaman dan luaran di rumah,sehinggakan setiap orang yang datang akan merasa tenang dan senag,serta sering menimbulkan rasa iri hati jiran-jiran.Namun harus diingat ,mereka yang berbintang Sagitarus amat gemar mengunjungi rumah penghuni di rumah nombor 3.

Rumah nombor 4
Emmmm… .nombor jenis ini agak sukar untuk diramalkan.Hidup si penghuni sering di kelilingi oleh masalah,membuatkan kehidupan seseorang itu tidak berasa tenang.Jadi tidak hairanlah penghuni di rumah ini kerap kali bertemu pakar psikologi dan kaunselor.Jika kamu berpindah ke rumah yang bernombor ini,pasti kehidupanmu akan berubah secara dramatis. Mereka yang lahir di bawah bintang Aquarius akan tertarik pada nombor jenis ini.Rumah jenis ini agak berlainan jika hendak dibandingkan dengan rumah yang lain.Tapi harus diingat ,jangan terlalu boros di dalam berbelanja.

Rumah nombor 5
Wow,rumah jenis ini boleh diibaratkan seperti hotel.Sesiapa sahaja boleh keluar masuk di rumahmu,mereka yang tinggal di rumah nombor ini selalunya jenis orang yang suka berusaha dan berniaga.Mereka akan juga mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaan.Biasanya mereka yang bernaung di bawah zodiak Virgo dan Gemini akan tertarik dengan nombor ini.Namun begitu penghuninya sering mendapat penyakit kulit.Polisi insuran sering mendapat perhatian khusus dari pernghuni rumah ini.Mereka juga sering menerima panggilan telefon dan surat yang tersalah alamat.Rumah nombor ini dikatakan mewah dengan kebendaan.

Rumah nombor 6
Kamu yang tinggal di rumah yang bernombor ini memang jenis yang suka bercucuk tanam.Angka 6 ini berkait dengan tumbuh-tumbuhan.Juga,dikatakan lambang kematangan.Para penghuninya mempunyai daya kreativiti yang tinggi.Tidak mustahil kamu akan menemui bakat-bakat yang tersembunyi pada diri penghuninya.Mereka yang berbintang Taurus dan Libra menyukai nombor ini walaupun ia menyimpan pelbagai misteri yang tersembunyi.Kamu juga sangat sesuai dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan muzik.Rumah kamu juga sering menjadi tumpuan rakan-rakan dan saudara mara yang sukakan layanan yang kamu berikan.

Rumah nombor 7
Satu angka ‘aneh’ .Tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata apakah misteri yang tersembunyi dan penghuninya sering bermain-main dengan teka-teki.Sebelum kamu menduduki rumah tersebut,periksa dahulu semua kemudahan asas terutama sistem bekalan yang boleh mendatangkan masalah kepada kamu nanti.Dikatakan kamu yang menghuni rumah nombor ini akan sering berulang alik ke hospital,sama ada kerana kamu atau keluarga kamu uyang sakit,malah kamu juga akan sering pergi untuk melawat rakan-rakan atau saudara mara yang sakit.Sepanjang kamu tinggal di rumah tersebut ,kamu sentiasa melakukan perubahan dari segi penyusunan perabot rumah.Kamu mudah dihinggapi penyakit dibahagian kaki.Kamu yang bernaung di bawah zodiak Pieces tertarik untuk mendiami rumah nombor ini.jangan terlalu boros berbelanja dan fikirkan masa depan kamu.Berbelanjalah secara rasional.

Rumah nombor 8
Rumah ini lebih digemari oleh golongan yang sudah berumur jika dibandingkan dengan remaja.Penghuninya gemar mengumpul jam tangan yang pelbagai bentuk,jenis dan jenama serta menunjukkan waktu yang berlainan.Sebelum berpindah ke rumah ini,periksa dahulu dalam persekitaran rumah itu terutamanya struktur tanah.Warga Capricorn sangat tertarik untuk mendiami rumah ini berbanding dengan nombor lain,sebaliknya,ia mendatangkan kerugian pula kepada warga Aquarius.Banyakkan makan sayuran dan kamu prihatin terhadap kesihatan kamu terutamanya yang berkaitan dengan pemakanan.

Rumah nombor 9
Kamu yang tinggal di rumah yang mempunyai angka 9,biasanya tidak suka mengakhiri persahabatan dengan kekerasan dan permusuhan.Disebabkan sikapmu yang telalu behati-hati,telah menyebabkan kamu kurang berminat untuk menjemput rakan-rakan bertandang ke rumahmu.Namun begitu kamu jenis yang peramah dan jujur.Mereka yang berbintang Aries dan Scorpio tertarik dengan angka ini.Bahkan ia sering mengundang kebahgiaan di dalam hidup kamu yang menghuni di rumah ini.Mengembara dan ingin mendalami sesuatu yang baru adalah tabiat semulajadi bagi mereka yang menghuni rumah ini.Kamu pandai mengatur masa depanmu agar tidak terpesong dari landasan hidupmu seperti yang dicita-citakan selama ini.

funny house3 Rahsia disebalik nombor rumah anda

pixel Rahsia disebalik nombor rumah anda
Sponsor
   

DAPATKAN UPDATE TERBARU

Update terbaru terus melalui email korang. Terima Kasih atas sokongan korang! Tanpa korang, takde la blog esempoi ni..hehe

Email Korang:

TwitterCounter for @sha_munira  


22 Comments
  • Lady Leaya
    September 19, 2009
    #1

    no bilik kite baper? :korek:

  • azrang
    September 20, 2009
    #2

    mengarot.

    slmt ari rye ;)

  • Shifaa
    September 25, 2009
    #3

    aku pun lupe r..hehe

  • pineapple slicer
    October 6, 2009
    #4

    tu rumah yg terbalik tu nombor berapa? hehehe

  • ilah_librs94
    November 19, 2009
    #5

    rumh fmily aq n0 6,,mmg t0l p0n my m0m ske cgt brccuk tnam.. kla0 xpn0h s2 ruang pk0k bnga2ny,mmg frust glew r .. Antra dlm klngn fmily aq 2,aq s0wng jew yg mtching gn zodiak t0k umh n0 6,iaitu libra … yg len,xderw dlm senrai.. aq xske mnanm,aq skew bnga yg mk aq tnam n plihra smpai sknk..msih mekr n besr gn ksegrn ..

  • ellyani
    November 24, 2009
    #6

    erm hampir betul lah kan dgn ape yang dikata pasal nombor rumah ni…

  • najwa
    January 28, 2010
    #7

    Nak tahu no tepon artis boleh????Hi hi hi

  • najah
    January 28, 2010
    #8

    Nak tahu no tepon artis dan emel die…….He3+100

  • AdikSinga
    February 16, 2010
    #9

    Rumah aku ni no 3…tapi takde 1 pun yang betul……. :korek: :panic:

  • MQ
    February 18, 2010
    #10

    alamak no 9 la…..

  • remmie
    February 19, 2011
    #11

    Rahsia angka termasuk dlm ilmiah Numerology.
    Jika anda tinggal dlm rumah no. nya yg nggak
    ngam dgn code tarikh lahir ato zodiak anda,
    makanya kehidupan dan rejeki anda kurang ong…. :dsadas:
    Percaya nggak..?? :dsadasccc: :dsadsad:

  • remmie
    March 12, 2011
    #12

    …..NUMEROLOGY…..

    ILMU NUMEROLOGY : (Ini satu lagi ilmu yg dihentam oleh “Sang :haha: Wahabbi” tuh. Pada hal dlm surat beranak, IC dan rumah beliau sendiri tuh jelas tercatat nombor2 ato angka2 numerology sebagei rujukan). Apakah itu Ilmu Numerology, kapankan bermulanya ia dan apakah gunanya…??? Apabila dinamakan Ilmu Numerology, iannya berkaitan dgn nombor2 ato angka2. Gue bukan seorang Numerologer, Astronomer ato Astrologer. Comaan apaan yg gue faham, koq bisa dikongsi bersama. Kalo bisa bersalahan faham, takut sesat, jangan dibacak jangan percayak ya… :sd: … abaikan aja….

    APAKAH KAEDAHNYA NOMBOR ?? : Kalo ngak ada bernombor sebagei rujukan, da pasti manusia dan alam semesta neh bisa kelam kabut caca-marba. Misalnya kalo sesebuah rumah tuh ngak ada bernombor, da pasti sukarnya Posman nak hantar surat, da pasti betapa sukarnya saudara jauhan nak mencari bertandang bermalam kerumah anda. Lahirnya seorang bayi dicactit tarikh dan masa kelahirannya. Malah bertrillion planet2 dll tuh yg berada difalak2 langit yg bertepi dan yg gak bertepi tuh, telah diberikan nombor2 oleh Astronomers utk rujukan pengenalan. Maka fixed constellations ato Buruj tuh yg dikenali ada sebanyak 12 bintang, maka dinamakan 12 zodiak. Maka planet2 yg bekerja dialam cakarwala tuh gak terhingga banyaknya, comaan basicnya bagi kaedah Numerology ada 9 planet….

    ILMU ASTRONOMY & ASTROLOGY : Bermula Ilmu Numerology neh koq dari Ilmu Astronomy dan Astrology, karna ianya berkaitan dgn masa. Setelah Tohan ciptakan Alam Semesta Raya yg lengkap sempurna tuh, koq barulah bisa Adam dan Hawa diciptakan turun keBumi. Bermula pergerakan Bumi mengelilingi Surya tuh maka adanya masa ukuran : Adanya masa siang dan malam. Adanya masa hari, bulan, tahun, dekad dan zaman. Adanya jam, minit dan saat, dan begitulah seterusnya dgn yg laen2 tuh. Maka yg ada permulaan dan akhirnya itu, adalah baginya kita dan baginya alam. Namun “Masa yg tak bermasa” tuh, digelar “Alam Antah Berantah” koq, Allahu’alam… hanya Tohan yg bisa mengetahuinya. Maka utk mengenali dan mengukur apaan itu masa makanya sebab itu perlu diadakan angka2 ato nombor2….

    ILMU HURUFIAH : Ilmu Numerology tuh bukan terhad apa yg kita faham tuh aja, yg kita faham dipakei oleh mereka yg Non-Muslim aja. Malahan dlm kajian dan Islam itu pon ada Ilmu Numerology, tetapi dlm rahsia, kaedah dan bentuknya yg tersendiri. Yakni Rahsia-Nya 30 Huruf Qusum / 30 Huruf Hijaeyah tuh, karna setiap Huruf Qusum / Hijaeyah tuh ada angkanya dan nilainya. Ilmu Hurufiah Islam neh gak bisa dibicarakan secara terbuka, comaan ada dipelajari oleh puak tertentu dari para Wali Hurufiah… Allahu’alam….

    Sekian, koq itulah sedikit aja secara basic fasal pada menyatakan apakah itu
    Ilmu Numerology. Kalo mahu digali ilmu Allah gak terhingga banyaknya. Comaan manusia disuruh berfikir pilih mana ilmu yg dibenarkan mana ilmu larangan. Jangan guna Ilmu Numerology neh utk telek dan ramal apa nombor kuda mahu naik petang Sabtu neh dan Ahad besok udah la ya… :dsadasccc: … Itu dikira sudah ada unsur perjudian, maka hukumannya adalah haram…..

    Wallahu’alam & Wassalam….

  • zik
    July 17, 2011
    #13

    rumah aku 157 .. maknanya 1,5, dan 7 kena kira sekali lah ek… huhu :fuh:

  • ainun
    July 23, 2011
    #14

    haha…saya plak jatuh no 1….apapun sekadar hiburan…sebab Allah Yang Maha Menguasai segalanya

  • ainun
    July 31, 2011
    #15

    @ zik:
    kira sekali? tambah2 jer..huhu

  • ainun
    July 31, 2011
    #16

    @ remmie:
    usah percaya….rezki dari Tuhan

  • ainun
    July 31, 2011
    #17

    @ remmie:
    wah…panjangnya penerangan…bagus2

  • ainun
    July 31, 2011
    #18

    @ AdikSinga:
    sabar je la…sekadar hiburan aje

  • ainun
    July 31, 2011
    #19

    @ najah:
    eh…nombor apa tu?

  • ainun
    July 31, 2011
    #20

    @ azrang:
    haha..tetiba…hiburan je ni

  • ainun
    July 31, 2011
    #21

    @ pineapple slicer:
    haha…sempat lagi dia fikir rumah tu

  • Ramli
    July 31, 2011
    #22

    @ainun, rajinnya balas komen yang lain.

Leave a Reply:



CommentLuv badge

:comel: :menari: :teruja: :korek: :jahat: :bye: :study: :jalan: :tidur: more »


Sila Tengok Sila Like Fanpage Esempoi
Apesal.com
Latest Comments Login
Hi Stat
Meta