10 Bangunan Paling Tinggi di Dunia Yang Tidak Siap Dibina

bangunan tinggi gagal 1

Ini dia antara senarai 10 bangunan tinggi yang tidak berjaya disiapkan pembinaannya seperti yang dirancang.

Selepas aku baca pasal artikel ini, tiba aku rasa bersyukur sebab projek mega zaman Tun M dahulu seperti menara berkembar KLCC berjaya disiapkan dan tidak menjadi projek gajah putih.

Antara faktor yang mengagalkan perancangan pembinaan bangunan ini adalah kekurangan dana, bencana alam, pergolakan politik dan macam-macam hal lagi masalah dunia.

1. Nakheel Tower

bangunan tinggi gagal 2

Bangunan ini terletak di Dubai, dengan tinggi puncak dirancang mencecah sehingga 1 Km. Pembinaan dimulai pada tahun 2008, namum projek terhenti selepas setahun

2. India Tower

bangunan tinggi gagal 3

Bangunan ini dirancang menjadi bangunan pencakar lagit di tengah-tengah kota Mumbai, India. Di bina pada tahun 2010, dan projek terhenti pada tahun 2011, selepas setahun pembinaan.

3. Russia Tower

bangunan tinggi gagal 4

Tapak bangun ini terletak di Moscow, kerja-kerja pembinaan diberhentikan pada tahun 2008, dan tapak pembinaan kini telah dijadikan sebagai tempak meletak kenderaan oleh penduduk setempat.

4. Chicago Spire

bangunan tinggi gagal 5

Bangunan ini sepatutnya megah berdiri di bandaraya Chicago dengan ketinggian mencecah 2000 kaki, namum disebabkan krisi kewangan, bangunan ini tidak disiapkan.

5. Doha Convention Center Tower

bagunan tinggi gagal 6

Percubaan Doha untuk menyaingi negara jirannya gagal, apabila projek yang mula dibina sejak tahun 2007, diberhentikan selepas 5 tahun pembinaan, iaitu pada tahun 2012.

6. Burj Al Alam

bangunan tinggi gagal 7

Salah satu projek mega di Dubai ini bermual pada tahun 2009, namum malangnya kerja pembinaan berhenti pada tahun yang sama, faktornya adalah ekonomi Dubai yang kurang menberansangkan serta masalah dengan pekerja asing.

7. Palace of Soviets

bangunan tinggi gagal 8

Projek ini adalah idea daripada Joseph Stalin untuk dibina di kota Moscow. Ia mula dibina pada tahun 1937, dengan harapan untuk menjadi bangunan tertinggi di dunia menewaskan Eiffel Tower. Namum bangunan ini terbengkalai pada tahun 1941 disebabkan Perang Dunia ke-2 meletus.

8. Lam Tara Tower 1

bangunan tinggi gagal 9

Ini satu lagi projek gajah putih di Dubai. Dalam perancangan bangunan ini ingin dibina 45 meter, mula dibina pada tahun 2008. Dan pembinaan terhenti 2 tahun selepas itu.

9. Lighthouse Tower

bangunan tinggi gagal 10

Nyata sekali krisi ekonomi di Dubai begitu teruk, sehinggakan beberapa prjek mega mereka terpaksa di berhentikan. Termasuklah bangunan yang sepatutnya berketinggian 402 meter ini, ia dibina pada 2009 dan diberhentikan pembinaan pada tahun yang sama.
10. Fairwell International Center

bangunan tinggi gagal 11

Bangunan ini direka untuk menaikkan nama China dimata dunia, ia dibina di Xiamen. Namum pembinaan terhenti pada tahun 1997, dalam perancangan bangunan ini apabila siap ketinggiannya mencecah 397 meter.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge