14 Fakta Menarik Tentang Meteor.

1.Apabila meteor menghasilkan cahaya yang mencukupi maka terbentuklah bayang-bayang di bumi,ia dipanggil bola api(fireball).

2.Meteor ialah zarah kecil daripada angkasa yang menghasilkan cahaya kerana ia memasuki atmosfera bumi.

3.Apabila bola api meletup di atmosfera,ia dipanggil bolide.

4.Meteor,saiznya bermula dari sekecil sebutir pasir kepada sebesar sebiji bola besbol.

5.Meteor yang terbesar kadang-kadang terhasil dari serpihan astroids.

6.Cahaya(Radiant) meteor Leonide adalah terletak dibahagian buruj Leo.

7.Cahaya(Radiant) adalah arah atau kawasan pancuran meteor datang.

8.Jika bumi dihentam oleh meteoroid yang terhasil dari komet/serpihan komet,bumi akan dilanda ribut meteor.

9.Pada tahun 1833,apabila hujan Meteor Leonide berlaku hampir 10,000 meteor dilihat dalam masa sejam,ia bersamaan dengan 10 hingga 15 biji meteor sesaat.

10.Serpihan meteor terhasil daripada komet yang mengelilingi matahari.

11.Pancuran meteor terhasil oleh cairan kosmik yang memasuki atmosfera bumi pada kelajuan yang sangat tinggi.

12.Terdapat kira-kira 9 pancuran meteor setiap tahun.

13.Pada waktu malam,di mana-mana lokasi,kita boleh melihat meteor setiap jam.

14.Apabila meteoroid memasuki atmosfera bumi ia menghasilkan metoer,dan apabila meteor tersebut jatuh ke bumi ia akan dipanggil meteorite.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge