Bas Persiaran Brunei Kemalangan Di Malaysia

KOTA KINABALU: Punca sebenar kemalangan sebuah bas persiaran dari Brunei di Kilometer 8.9 Jalan Tamparuli-Ranau yang mengorbankan tujuh nyawa baru-baru ini dijangka akan diketahui dalam masa satu minggu lagi.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superitendan Zaharuddin Rasip berkata pihak Puspakom kini sedang giat menjalankan pemeriksaan terhadap bas berkenaan untuk mencari punca sebenar kemalangan.

“Pihak Puspakom telah mula melakukan pemeriksaan sejak kelmarin, kami harap laporan siasatan akan dapat disiapkan dalam masa seminggu.

“Selain itu, pihak kami juga telah mengambil sampel darah pemandu bas dan pembantunya untuk pemeriksaan dan ianya telah dihantar kepada Jabatan Kimia,” katanya ketika dihubungi di sini kelmarin.

Sementara itu, Zaharudin berkata dua lagi mangsa yang kritikal dalam kemalangan itu telah dihantar pulang ke negara asal menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB).

“Seorang lagi mangsa iaitu pembantu pemandu bas berkenaan yang juga warga India masih lagi menerima rawatan rapi di Hospital Queen Elizabeth (HQE) 2,” katanya menambah pemandu bas terbabit merupakan salah seorang yang dihantar pulang pada Rabu lepas.

Dalam pada itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun menyifatkan kemalangan itu sebagai satu tragedi yang menyedihkan tetapi tidak akan memberi kesan terhadap kehadiran pelancong Brunei ke negeri ini.

“Kemalangan telah berlaku tetapi saya tidak fikir ia akan memberi kesan buruk terhadap industri pelancongan negeri,” katanya menambah pelancong dari Brunei merupakan antara pelancong yang berbelanja besar di negeri ini setiap tahun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge