5 Rahsia Tentang Albert Einstein.

1.Einstein pernah ditawar menjadi PM Israel yang ke-2
Pada 2 November 1952,selepas kematian presiden Israel yang pertama iaitu Chaim Weizman,Einstein telah ditawarkan jawatan sebagai presiden Israel yang seterusnya oleh kerajaan Israel tetapi dia menolaknya.Einstein menolaknya dengan alasan dia sudah tua untuk jawatan ini dan tidak mempunyai pengalaman yang cukup untuk jawatan itu.Einstein merupakan yahudi dan amat disanjung di kalangan kaum yahudi.

2.Einstein tidak pernah memakai stokin
Einstein tidak pernah memakai stokin sepanjang hidupnya kerana baginya stokin merupakan kesakitan dan kerana stokin selalu berlubang.Dia juga berpendapat,kenapa perlu memakai stokin dan kasut sedangkan salah satu daripadanya sudah memadai?

3.Einstein dan peti sejuk rekaannya
Ramai yang hanya menyangka Einstein hanyalah seorang ahli sains yang berasaskan teori semata-mata tetapi kurang yang mengetahui bahawa dia mempunyai pengetahuan yang amat baik dalam sains secara praktikalnya.Albert Einstein mencipta peti sejuk ini setelah menghasilkan Teori Relativitinya,tetapi malangnya ciptaan ini tidak dikeluarkan kerana teknologi baru membuatkannya usang.

4.Einstein mempunyai anak luar nikah
Menurut kajian,Einstein mempunyai hubungan sulit dengan teman wanitanya Mileva Maric pada lewat 1890.Sebelum perkahwinannya Mileva Maric mendapati dia mengandung dan mereka membuat keputusan menyembunyikan anak luar nikah mereka itu.Nasib sebenar anak perempuan pasangan ini tidak diketahui,ada yang berpendapat bahawa anaknya mati selepas mengalami demam berdarah dan ada yang menyatakan bahawa anaknya pulih dan membesar sebagai anak angkat.

5.Einstein pernah gagal dalam peperiksaan
Adalah perkara biasa bagi masyarakat apabila pelajar tidak pintar gagal dalam ujian atau peperiksaan, tetapi tidak ramai yang tahu bahawa Genius Abad ke-20 ini pernah gagal dalam peperiksaan semasa awal persekolahannya kerana bahagian bahasa dan budaya.Namun,Einstein menjadi saintis yang hebat yang membuktikan bahawa kegagalan tidak semestinya mencorak hidup kita.Inilah yang harus dicontohi oleh kita,bangun daripada kegagalan untuk menjadi orang berjaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge