Dr Mahathir Yakin Dengan Syarikat Tempatan.

Bekas Perdana Menteri Malaysia,Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bahawa beliau amat yakin dengan syarikat pembinaan kapal tempatan mampu membina kapal sendiri yang lebih besar termasuk kapal perang pada masa akan datang.

Syarikat tempatan yang terlibat dalam bidang itu perlu diberi peluang membuktikan kemampuan mereka,dengan menjadikan syarikat NGV Tech yang sehingga kini berjaya membina lebih 140 buah kapal pelbagai jenis.

“Saya yakin NGV Tech mampu membina kapal lebih besar dan kapal perang kerana ia syarikat sofistikated yang diberi tanggungjawab oleh kerajaan membina dua kapal latihan milik Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM) selain telah menjalin usahasama dengan syarikat dari Korea Selatan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri jamuan Aidilfitri anjuran NGV Tech.

Beliau turut melawat tapak projek pembinaan dua kapal latihan bernilai RM148 juta sebuah itu,di limbungan milik NGV Tech di Kampung Sijangkang dengan diiringi Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Pengerusi Eksekutif NGV Tech Datuk Zulkifli Shariff.

Kedua-dua kapal yang dibina melalui program pemindahan teknologi antara NGV Tech dan Daewoo Shipbuilding & Marine Engineering Co. Ltd, Korea Selatan,itu dijangka siap pertengahan tahun depan.Mengulas mengenai projek itu, Mahathir berkata, beliau berpuas hati dengan pembinaan kapal-kapal latihan berkenaan yang dibuat dengan teliti dan sangat kemas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge