Gambar Kad Pengenalan Perdana Menteri Malaysia 1957-2009.

Kad pengenalan telah mula diperkenalkan sebelum Malaysia merdeka lagi.Tujuan utamanya adalah untuk menyelesaikan masalah pengecaman pengganas komunis.Dalam tempoh itu,Malaysia masih lagi dihantui pengganas komunis yang ingin menuntut kemerdekaan daripada jajahan British.Pengenalan kad pengenalan atau Identity Card oleh penjajah British ini telah menyukarkan sedikit-sebanyak penyamaran pengganas komunis.

Dari masa ke semasa,kad pengenalan mengalami evolusi yang mendadak.Bermula dengan kad pengenalan yang dibuat daripada kertas keras,seterusnya kad pengenalan plastik(laminated) dan akhirnya pada tahun 2001,kerajaan telah perkenalkan kad pengenalan pintar atau lebih dikenali sebagai Mykad.

Idea ini pada asasnya diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Mahathir bin Mohamad pada 1996 namun diperkenalkan kepada umum semasa penggal pemerintahan Tun Abdullah bin Ahmad Badawi.Pelancaran Mykad tersebut merupakan satu pencapaian besar kepada inovasi Malaysia Super Corridor(MSC) negara kerana ianya merupakan aplikasi yang pertama dilancarkan secara rasmi.

Pasti ramai yang ingin melihat kad pengenalan orang-orang ternama di Malaysia bukan.Di sini terdapat beberapa kad pengenalan bekas-bekas PM kita bagi tatapan semua.

1. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah

Perdana menteri Malaysia yang pertama ini dilahirkan pada 8 Februari 1903.Beliau memegang tampuk pemerintahan negara sejak negara merdeka pada 1957 sehingga tahun 1970.Beliau adalah keturunan raja daripada kedah yang mana bapa Tunku sendiri adalah sultan kedah ketika itu.Tunku meninggal dunia pada 6 Disember 1990.

2. Tun Abdul Razak bin Hussein

Beliau adalah perdana menteri kedua Malaysia.Beliau memegang tampuk pemerintahan negara pada tahun 1970 sehingga tahun 1976. Beliau dikenali perdana menteri Malaysia paling banyak berjasa kepada negara terutama kepada bangsa Bumiputera dan Melayu dengan pengenalan Dasar Ekonomi Baru,Rancangan Buku Hijau dan banyak lagi.Sepertimana perdana menteri pertama Malaysia,Tunku Abdul Rahman,Tun Abdul Razak juga daripada keturunan ‘Orang-Orang Kaya’ daripada Pahang.Beliau meninggal dunia pada usia 54 tahun pada tahun 1976 akibat penyakit Leukemia.

3. Tun Hussein bin Dato’ Onn

Beliau adalah perdana menteri Malaysia yang ketiga selepas Tun Abdul Razak kembali ke rahmatullah pada tahun 1976. Beliau memegang tampuk pemerintahan secara rasmi pada tahun 1976 sehingga 1981.Tun Hussein dikenali sebagai Bapa Perpaduan kerana tegasnya beliau menangani isu-isu perpaduan kaum selepas tercetusnya insiden berdarah 13 Mei. Sepertimana Tun Razak,beliau berjasa kepada bangsa Melayu dan Bumiputera kerana memperjuangkan nasib mereka yang jauh ketinggalan berbanding bangsa ‘pendatang’ yang lain.Tun Hussein adalah adalah anak kepada pengasas UMNO, Dato’ Onn bin Jaafar.

4. Tun Mahathir bin Mohamad

Tun Mahathir Mohamad atau lebih dikenali dengan nama penanya,Che Det adalah perdana menteri Malaysia ke-4 selepas Tun Hussein Onn meletak jawatan pada tahun 1981.Beliau dikenali sebagai perdana yang paling berjasa dan berjaya kepada bangsa Malaysia kerana ideologi pembangunan dan pemodenannya yang jauh ke depan.Walaupun dikritik sebagai seorang yang autokratik,diktatorisme, dan kronisme,ia tidak menghalang Tun Mahathir daripada menjadi perdana menteri paling lama memerintah di Asia Tenggara.Walaupun Tun Mahathir telah meletak jawatan daripada kerajaan,namun suaranya tetap didengar oleh segenap lapisan masyarakat.Beliau menggunakan medium internet iaitu blog untuk menyebarluaskan idea dan kritikannya.Blognya boleh dibaca dan dilayari di www.chedet.cc.

5. Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi

Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi adalah perdana menteri Malaysia ke-5 setelah Tun Mahathir melepaskan jawatan pada tahun 2003.Tun Abdullah memegang tampuk pemerintahan selama tiga tahun iaitu daripada tahun 2003 sehingga 2009.Kini, beliau dilantik sebagai pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia(IKIM).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge