Melaka serah BR1M 1 Februari 2013

Kerajaan negeri Melaka akan mula memberikan BR1M 2.0 kepada mereka yang layak mulai 1 Februari 2013 nanti. Mengikut syarat-syarat permohonan BR1M ini pemohon mestilah masih bujang dan berumur 21 tahun ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah. Mereka yang belum memohon masih lagi boleh berbuat demikian.

Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyatakan pengagihan bantuan ini membabitkan Fasa 1, bakal menyaksikan seramai 80,500 penerima yang layak. Baki jumlah penerima bantuan berkenaan akan diumumkan kelak selepas dikeluarkan oleh LHDN.

Bagi BR1M ketua keluarga yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah turut akan menerima faedah seperti tahun lalu tidak lama lagi. Warga tua berumur 60 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah juga layak menerima bantuan ini.

image
Datuk Seri Mohd Ali Rustam – foto Sinar Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

One thought on “Melaka serah BR1M 1 Februari 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge