Penawar Asma Pada Bayi

Hati ibubapa mana yang tidak risau jika bayi atau anak mereka dihidapi penyakit asma. Apatah lagi jika melihat bertapa sukarnya nak hendak bernafas ketika serangan asma.

Asma akan menyebabkan bayi/kanak-kanak akan batuk secara berterusan, mengeluarkan nafas yang berbunyi dan mudah semput.

Batuk yang dialami oleh kanak-kanak selalunya basah dan menpunyai kahak. Namum ada juga kanak-kanak yang tidak memiliki tanda-tanda asma seperti ini.

Antara simptom asma yang biasa biasa berlaku pada kanak-kanak adalah seperti ruam, resdung dan selsema pada awal pagi.

Selain daripada itu ada juga faktor lain yang boleh menyebabkan simptom lelah antara adalah habuk atau hama, asap rokok, debungan dan udara yang sejuk.

Rawatan awal yang diberikan kepada kanak-kanak adalah untuk mengawal simptom asma semata-mata, sebenarnya setakat ini tiada rawatan khusus untuk menyembuhkan penyakit asma. Jadi apakah ada penawar asma pada bayi?

penawar asma pada bayi

Punca Berlakunya Asma Pada Bayi/Kanak-kanak

1.Sejarah keturunan pernah mengidap asma. Jika ibu atau bapa pernah ada asma, berkemungkinan besar akan dihidapi pula oleh anak-anak.

2. Bayi atau anak-anak yang terdedah kepada asap rokok semasa dalam kandungan dan juga selepas kelahiran.

3. Bayi yang ketika lahir memiliki berat badan yang amat rendah seperti bayi pramatang, ini kerana bayi pramatang begitu sensitif serta mudah diserang jangkitan.

Adakah Penawar Asma Pada Bayi/Kanak-Kanak?

Asma adalah salah satu penyakit kronik yang masih belum dijumpai sebarang ubat atau rawatan yang mampu jadi penawar atau menyembuhkan. Setakat ini sebarang rawatan asma adalah untuk mengawal simptomnya dengan menggunakan ubat-ubatan, serta mengelakkan penghidap asma daripada terdedah kepada faktor punca asma.

Jika anak anda penghidap asma, anda boleh mencuba Minyak Herba Asmak untuk dijadikan sebagai salah satu langkah untuk mengubati penyakit bayi/kanak-kanak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge