Segi Tiga Bermuda Hilang Ke?

Amerika~ Pada 5 Disember 2010 yang lepas, sekumpulan penduduk dunia telah berkumpul di Bandar Antarabangsa Fort Lauderdale, Hollywood. Mereka mengenang kejadian hilangnya skuadron Flight 19, pada 65 tahun yang lepas.
Sebanyak lima buah pesawat dan 14 krew pesawat itu hilang di Segitiga Bermuda,iaitu di sebuah kawasan yang berada dalam garis  khayalan yang menghubungkan  tiga wilayah iaitu  Bermuda, Puerto Rico, dan Miami di Amerika Syarikat.
Segitiga Bermuda menjadi sebuah kawasan yang misteri disebabkan oleh kes kehilangan secara misteri tanpa dapat dikesan beribu-ribu buah kapal dan pesawat yang melalui kawasan itu. Spekulasi yang timbul mengenai terdapatnya kawasan ‘black hole’, lokasi Kehilangan Atlantis, gas methanic, mahupun terdapatnya laluan portal ke dimensi lain di kawasan Segitiga Bermuda ini menjadi semakin besar dan semakin misteri apabila ia dibuktikan lagi dengan kes kehilangan yang semakin banyak berlaku.
Terdapat juga banyak spekulasi dan soalan yang timbul sehingga mendorong pihak NASA untuk memberi jawapan.
Apakah ada saling kaitan antara Segitiga Bermuda dan ‘black holes’?  
Tiada lubang hitam di Segitiga Bermuda. Bahkan kenyataannya, bahkan Segitiga Bermuda langsung tidak wujud dalam mana-mana sejarah peta dunia. Manakala kes kehilangan di wilayah tersebut juga sama banyak dengan mana-mana kawasan lain di muka bumi ini. (Ilmuan NASA, Dr Eric Christian)
Segitiga Bermuda dan  Zon De Silencia di Mexico berada pada garis lintang yang sama dan kedua tempat ini merupakan tempat yang mempunyai misteri tersendiri. Zon De Silencia diketahui boleh  menarik meteor dari langit, sementara Segitiga Bermuda dikenali kerana banyak kapal dan pesawat yang hilang secara misteri. Mengapa kedua-dua wilayah ini tidak dikenalpasti?
Fakta-fakta tentang lokasi tersebut salah. Tiada mana-mana bahagian dari Bumi yang boleh menarik meteordari langit, dan juga tiada anomali graviti yang aneh. Medan graviti bumi telah dipetakan dengan pra-sisi luar biasa terutama oleh mereka yang menggunakan peta graviti untuk mengetahui potensi minyak dan mineral.
Juga tidak ada kehilangan lebih misteri di Segitiga Bermuda daripada di bahagian laut lain di zon badai.  Maksudnya, tidak ada yang misteri di kedua-dua lokasi tersebut. Saya sarankan agar Anda mencuba untuk mengenalpasti sejauh mana kebenaran sumber Anda dan menghubungkannya dengan dunia nyata, bukan fantasi ini. (Astrobiologi dan ilmuan senior NASA, David Morrison) 

Jawaban NASA serupa dengan apa yang dimuatkan dalam Sejarah Angkatan Laut Amerika Serikat, history navy mil. Dijelaskan, bahawa faktor signifikan yang menyebabkan hilangnya kapal di Segitiga Bermuda adalah arus laut yang kuat, yang dikenali sebagai Gulf Stream.
Badai yang datang tiba-tiba itulah yang menyebabkan kapal angkatan laut  hilang di Bahama, Saratoga  hilang tak berbekas pada 18 Mac 1781.
Dijelaskan juga bahawa tidak hanya di Segitiga Bermuda, banyak kapal-kapal Angkatan Laut AS lainnya telah hilang di laut kerana  badai di seluruh dunia — secara mendadak.
Kapal dan pesawat boleh hilang secara tiba-tiba di wilayah Segitiga Bermuda itu kerana anomali kompas yang boleh mengganggu sistem navigasi. Anomali ini pernah dicatat oleh Columbus dalam pelayarannya.
Dalam sejumlah catatan, disebutkan bahawa Segitiga Bermuda adalah salah satu dari dua  lokasi di dunia yang memiliki anomali. Wilayah lain adalah laut Jepun dan Filipina, yang juga dikenal dengan nama yang lebih kurang sama, ‘Segitiga Formosa’
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

One thought on “Segi Tiga Bermuda Hilang Ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge