Tugas Penolong Pegawai Tadbir N29

Penolong Pegawai Tadbir N29 atau dikenali juga dengan EO adalah jawatan dalam Perkhidmatan Awam yang termasuk dalam kumpulan pelaksana.

Jawatan ini adalah penolong pegawai barisan ke-2 yang berkhidmat di bahagian pentadbiran di agensi kerajaan.

penolong pegawai tadbir n29

penolong pegawai tadbir n29

Tugas Penolong Pegawai Tadbir N29

Tugas Penolong Pegawai Tadbir adalah mereka terlibat secara langsung dalam membuat perancangan dan melaksanakan visi jabatan dimana mereka berkhidmata, yang meliputi pengurusan sumber manusia dan organisasi, juga melibatkan urusan hal kewangan, ekonomi serta pentadbiran di jabatan tersebut.

Syarat lantikan ini admin ambil bersumberkan dari laman web Rasmi SPA sendiri di spa.gov.my/deskripsi-tugas/diploma3/2199

  • Syarat Lantikan:
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
      2. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)
      3. diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).

 

  • Syarat Bahasa Melayu
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

  • Syarat Peningkatan Secara Lantikan
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu tadbir (Perkeranian/ Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu tadbir (kewangan), Pemeriksa Cap jari dan pegawai Khidmat Pelanggan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

      1. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
      2. lulus Peperiksaan Khas; dan
    1. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

 

  • Deskripsi Tugas :
    Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.

Bagi calon yang bakal menduduki peperiksaan online, anda boleh dapat contoh soalan Penolong Pegawai Tadbir untuk dijadikan rujukan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge