Unit Rondaan Bermotosikal PDRM Mula Beroperasi

Pada hari rabu lepas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah  melancarkan Unit Rondaan Bermotosikal (URB)  dan jam 9.30 malam kelmarin unit itu telah memulakan operasinya dalam  usaha mengurangkan jenayah di kawasan tumpuan orang ramai.

Sebanyak 24 motosikal disediakan untuk beroperasi 24 jam di kawasan tumpuan orang ramai dan taman perumahan bagi kawasan Dang Wangi.

Menurut Inspektor Rastam Affandi Md Ramli iaitu Ketua Unit Rondaan Motosikal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi,  URB beroperasi 3 syif tugasan.

5 motosikal digunakan pada setiap rondaan untuk melakukan rondaan di kawasan tumpuan, sekali gus mendekati masyarakat bagi mendapatkan maklum balas mereka berkaitan jenayah.

Gambar Unit Rondaan Bermotosikal PDRM. Inspektor Rastam Affandi (kanan) – foto Metro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge