‘Universiti ketawa’ akan dibina di India

Dilaporkan di India, seorang guru yoga iaitu Madan Kataria akan membina sebuah ‘universiti ketawa’ di bandar Bangalore, selatan India.

Menurut Madan Kataria, seseorang itu perlu ketawa dengan kuat selama 15 hingga 20 minit sehari untuk memperoleh faedah kesihatan.

Di Mumbai beliau mengendalikan Institut Yoga Ketawa yang bukan berasaskan keuntungan.

Menurut laporan, ‘Universiti ketawa’ ini akan didirikan di sebuah kawasan yang didermakan oleh seorang kontraktor bangunan.

Selain itu, seorang taikun turut mendermakan AS$250,000 (RM761,366) bagi tujuan pembinaan universiti ini.

Beberapa orang ketawa sedang ketawa dalam sesi ‘kelab ketawa’ di Greater Noida, pinggir New Delhi pada 25 Ogos lalu. Gambar kecil Kataria. foto AFP.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge