10 Cara Mudah Syaitan Kuasai Manusia.

Allah SWT berfirman bermaksud:
“Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka.Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka.Tempat mereka itu ialah neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.”(Surah an-Nisa,ayat 120-121).

Jelas sekali dalam ayat di atas ini menerangkan sikap jahat syaitan terhadap manusia iaitu membisik ke dalam hati kita angan-angan yang kosong seperti menyangka sudah memiliki pahala yang banyak menerusi amalan yang dilakukan lalu manusia pun berfikir ‘aku layak mendiami syurga’ tanpa perlu meningkatkan lagi amalan.

Manusia begitu mudah terpengaruh dengan bisikan syaitan ini ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian.Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada ketika kita sedar atau tidak,sebenarnya ia menyediakan ruang kepada syaitan untuk menapak dalam diri.Apabila syaitan sudah menjadi raja di dalam diri,individu itu akan sanggup melakukan apa juga perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri.

Hati,organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan merayap menguasai tunjang di dalam badan manusia.Pada ketika inilah,syaitan berlumba-lumba untuk memenangi dan menguasai hati manusia.Mereka akan sedaya upaya menawan hati itu dan memujuk nurani manusia untuk melanggar segala perintah Allah.Namun,beruntunglah manusia yang berupaya menangkis godaan itu.Mengikut ulama,syaitan akan mudah menguasai tubuh badan manusia melalui 10 pintu/cara iaitu:

1. Melalui sifat sombong dan angkuh.Dua sifat ini mudah tersemai dan subur dalam diri manusia.Ia berpunca sikap ego manusia yang mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.

2. Melalui sifat bakhil dan kedekut.Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan Allah.Ia seharusnya dibelanjakan ke jalan yang benar.

3. Melalui sifat takbur dan bongkak.Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang berasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini.Mereka terlupa bahawa kesenangan dan nikmat yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja.

4. Sifat khianat.Khianat yang dimaksudkan bukan saja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain,tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi apa-apa bentuk perjanjian,perkongsian dan sebagainya.

5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat.Junjungan Rasulullah selalu menasihati sahabat menjauhkan diri daripada menjadi golongan keempat ini kerana ia dibenci Allah.

6. Melalui sifat hasad.Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan.

7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain.Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain.Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki.

8. Melalui sifat bangga diri.Menurut Imam Ahmad,Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:“Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang saja.”(Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal).

9. Melalui sifat suka berangan-angan.Islam merupakan agama yang menentang sifat malas. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia.

10. Melalui sifat buruk sangka.Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge