Dibawah ini dinyatakan cara-cara atau amalan yang boleh dilakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam. Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda. Ia boleh menyerang anda.. ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.
1. Makan Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) ‘ajwah dan jika boleh makan bersama tamar madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendaptkan kedia-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
“barang siapa yang memakan tujuh biji tamar’ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu”.
(Riwayat Al Bukhari)
2. Berwuduk Sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa
dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada meraka. Sabda Rasulullah s.a.w : Ertinya:
“Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu, Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan anda bersamanya”
Malaikat tersebut tidak akan pernah terlali walaupun sedetik untuk mengucapkan doa:
“Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci”
(Riwayat AT Tabraabiy Dengan Sanad Yang Baik)
3. Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. bersikap sambil lewa terhadap solat berjamaah akan menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasululllah saw telah bersabda: Ertinya:
“Mana-mana kampung mahupun kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan”
Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah, sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.
(Riwayat Abu Daud Dengan Sanad)
4. Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari Sihir.
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. SIfat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tidak ubah seperti bumi yang ketandusan akabibat kesan tindak balas hasil perlakukan syaitan tersebut.
5. Membaca doa perlindungan apabila masuk didalam tandas.
Tandas adalah tempat ktor dan merupakan rumah bagi syaitan, Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuku tandas. Baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya:
“Dengan nama Allah. Ya ALlah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan”
(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan dan betina
6. Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kenannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:
“Ya Allah, aku memohon kepadaMU kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yeng telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya:
(Riwayat Abu daud dan Menurut Al Albaaniy Sanadnya Baik)




May 25, 2011
#1
tip yg baik utk dikongsi bersama…rasanya x ramai tahu bab agama mcm nih..asal aku search ke bab agama mesti keluar di blog2 bahasa Indonesia nya pak..nga ada yg bahasa Melayu nya..kalau keyword best type je lah “Melayu” kt google.. memang dahsyat bangsaku ini…
Keep it up bro :)
x tahu pulak kurma ada jenis2 nya..aku ingatkan semuanya sama..aku tahu makan saja..
MDHAFiZ.NET´s last [type] ..First Bugatti Veyron In Malaysia By Sultan of Johor
May 25, 2011
#2
terima kasih bro..
tip yang sangat berguna
dnoBiz´s last [type] ..Harga Minyak – Mengapa Harga Minyak Kita mahal Sedangkan Kita Pengeluar Minyak
May 26, 2011
#3
perkara yang aku remeh selami ni,
akan menyebabkan diri terkena
sihir.
May 26, 2011
#4
terika kasih, wuduk byk khasiat nya.
Ramli´s last [type] ..Jawatan Kosong Di Majlis Perbandaran Seberang Perai MPSP
May 26, 2011
#5
Thanks for sharing. Bab makan kurma tu memang minat, kasi 1 kotak pun habis. makan sambil tengok tv.
Hisyam´s last [type] ..Sejarah Kemunculan Blog
June 1, 2011
#6
Info dari Pak Sayed yg sangat menarik Insya’Allah lagi amat berguna,
Agar bisa terlepas dari perbuatan niat jahat orang gunakan ilmu syihir…
Amalan syihir tuh ta laen bisa menjurus kepada perbuatan syirik.
Syirik tuh perbuatan yg menyengutukan Tohan dgn kuasa yg laen.
Karna mantra dan kebergantongannya pada kuasa black entities..
Kata Si-Sufi ada Syirik Jali, ada Syirik Khafi, ada Syirik Khafi Al-Khafi…
Syirik adalah dosa besar yg ngak sama sekali bisa diamponi-Nya…
Bukan syihir tuh semata2 bisa menjuruskan kita terjebak dlm syirik.
Malah iktikad, gerak geri hati fikiran niat kita tuh juga bisa ada syirik.
Bangun tido celek mata tanpa disedari kita da terdedah pada syirik.
Kata Si-Sufi ada Syirik Jali ada Syirik Khafi ada Syirik Khafi Al-Khafi…
Bagimana caranya kita bisa terlepas dari angkara 3 syirik tuh…???
June 1, 2011
#7
Alamak… da terbabas bukannya dari Pak Sayed…
Astaga… sebenarnya info diatas tuh dari Pak Muzri…
Amponkan gue ya Pak Muzri…
& Peace………
June 1, 2011
#8
Info dari Pak Muzri yg sangat menarik Insya’Allah lagi amat berguna,
Agar bisa terlepas dari perbuatan niat jahat orang gunakan ilmu syihir…
Kata Si-Sufi ada Syirik Jali dan ada Syirik Khafi, Syirik Khafi Al-Khafi…
Bagimana caranya kita bisa terlepas dari angkara 3 syirik tuh…???
….. JENIS2 SYIRIK & JALAN KEMBALI
KEPADA KESUCIAN FITRAH ASAL …..
SYIRIK JALI : Syirik Jali yg jelas lagi nyata kelehatan, objek yg nampak
bertonggok berjagai depan mata. Ibarat PAGAN2 si-pembuat patong2,
lalu patong2 buatannya itu disembah dipertuhankan oleh orang laen.
Seperti patong2 yg disekeliling Kaabah dizaman Nabi Ibrahim AS dulu
tuh. Semuanya telah habes dibinasakan oleh Nabi Ibrahim AS, kecuali
yg ditinggalnya hanya 2 Patong Induk : (1) Al-Latta dan (2) Al-Uzza..
Lalu kapak2 yg digunakan utk memecah patong2 kecil tuh digantong
pada 2 leher patong induk tuh. Kapan ditanya oleh orang Kafir Musrikin
tuh, lantas dibalas oleh Nabi Ibrahim AS, koq kenapa kalian ngak tanya
pada 2 Patong Induk yg kalian sembah tuh..?? Kalian percaya 2 Patong
Induk tuh yg kalian sangka paling berkuasa. Kalo kalian ngak percaya,
tuh buktinya ada 2 kapak dileher 2 patong tuh, koq dia tuh yg bisa..
SYIRIK KHAFI : Syirik yg halus tersembunyi yg lagi ngak nyata dan jelas.
Ibarat gajah yg amat besar yg teramat jauh diseberang lautan nampak
jelas kelehatan. Sedangkan kuman depan mata merayap atas batang
hidong sendiri ngak terasa ngak nampak…
SYIRIK KHAFI AL-KHAFI : Syirik dari jenis neh syirik ekoran dari Syirik Khafi,
yg lagi tersangat latiff lagi tersirat tersembunyi didalam lubok hati sanubari.
Bintik2 hitam virus2 penyakit Rohani tuh yg da lama bertahta bersarang di
dalam telah menjadi Hijab Ghain. Kalo ngak dibendong dari awal, akhirnya
ianya bisa menular keluar membaluti jasad ragawi diluar. Jangan heran koq
kenapa manusia ramei sekarang neh mudah diserangi pelbagei pengakit
zahir dan penyakit batin. Apalagi hantaran remote control dari black magic
black entities buatan orang yg dinamakan Ilmu Syihir tuh, koq dgn mudah
mengenai tepat ato koq kena sipi2 sasarannya. Apa sebabnya…???
KESUCIAN & FITRAH ASAL : Ketahuilah setiap ummat Nabi Muhammad
SAW, adalah Anak2 Suci dari pancaran tiupan Ruh Nur Muhammad SAW
yg induk itu. Keadaan dan hal dlm urusan duniawi makanya Fitrah Suci tuh
telah tercemar dinodai dgn warna-warna keindahannya alam. Carilah dulu
apa itu Kesucian dan dudukkanlah ia semula keasalnya. Pada Kesucian
mu itu beradanya itu Hamba, seorang Hamba Yg Beriman. Carilah dahulu
apa itu Hamba. Setelah ditemui itu Hamba, turutilah jalannya itu Hamba.
Jadikan Diri kita itu sebenar2 seorang ” Hamba Allah Yg Beriman….. ”
Berbalek soal patong Al-Latta dan Al-Uzza tuh. Kemana perginya 2 patong
induk tuh peninggalan Nabi Ibrahim AS..?? Kata Tok Wali : Ketahuilah setiap
pemujaan dan semahan darah hewan ato korban darah dan nyawa manusia
oleh Pagan2 silam tuh, pada patong2 silam diMekah tuh ianya telah menjadi
hidup lagi berpuaka bereJin. Ketahuilah Jin2 tuh sangat lama usianya, ada yg
mencicah usia ribuan tahun, serta telah berkembang beranak-pinak. Tradisi
semahan dan penyembahan patong2 telah menular berkembang semula
kezaman Kafir Kuraish. Sehingga Allah bangkitkan seorang Nabi Allah Akhir
Zaman, yaitu Nabi Muhammad SAW utk membawa Agama Samawi Al-Islam,
serta menghapuskan kejahilan dan kekufuran. Soalnya apakah jutaan Jin2
Kafir tuh yg telah berpuaka telah reda ranap dibersehkan 100% dari kawasan
Kaabah dan Mekah tuh….????
Allahu’alam ^ Wassalam….
Sekian, sekadar buat renongan bersama.
Koq bersalahan pincang mohon koreksi…
( Disalin dari Kitab Para Sufi & Perjalanan Tok Wali….. )
Permissi & Peace…..
July 31, 2011
#9
yang no.6 tu terkejut gak saya baca tajuk nya…haha…tapi ia baik tuk rumahtangga
July 31, 2011
#10
banyak juga yang saya pernah dgr tapi….tak buat…huhu
July 31, 2011
#11
@ Ali ridha:
hati-hati lah walau dimana berada
July 31, 2011
#12
berwuduk sebelum tido…sejak kecil lagi ku dgr pesanan ini…sampai sekarang…tido je, tak wuduk pon…huhuhu