Harga Nilai Seorang Manusia.

Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.Sambil memegang wang RM100,dia bertanya kepada para hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?” Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat terhadap wang RM100 itu.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda,tapi sebelum itu perkenankanlah saya buat ni dulu”

Dia berdiri mendekati hadirin.Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.Lalu bertanya lagi,“Siapa yang masih mahu duit ini?” Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah” jawabnya, “Apa jadi bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai dan melenyek-lenyekkan dengan kasutnya.Kini wang itu jadi amat kotor,lusuh renyuk.

“OK,sekarang masih ada yang berminat?” Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian,anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting.Apapun yang terjadi dengan wang ini,anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.Biarpun renyuk,lusuh dan kotor tetapi wang ini tetap bernilai RM100 juga.

Dalam kehidupan ini,kita pernah beberapa kali terjatuh,terkoyak dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat.Dalam keadaan seperti itu,kita merasa tak berharga,tak bererti.Padahal apapun yang telah terjadi,anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda,lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda,kita masih mempunyai nilai yang tersendiri.Sayangilah diri anda,bertaubat jika membuat dosa,terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama,hanya iman dan takwa yang membezakan kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

One thought on “Harga Nilai Seorang Manusia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge