Buat Kerana ALLAH.!

Kisah nie adalah untuk renungan kita bersama ek.??

Suatu hari, Sayidina Ali bin Abi Talib menyerang seorang Yahudi yang sel;alu menghina agama Islam. Pemuda Yahudi itu diserang habis-habisan hingga dia rebah ke tanah dan tidak berdaya lagi unuk menangkis serangan, libasan pedang dan puklan demi pukulan panglima Islam itu. Kini peluang sudah terbuka luas, Sayidina Ali hanya tinggal hendak menusuk pedangnya sahaja ke perut pemuda itu untuk menamatkan riwayatnya. Tiba-tiba, dengan tidak semena-mena.. “Puuiihhhhhhh..!!!!!” pemuda Yahudi yang terkapar-kapar itu tiba-tiba meludah tepat ke muka Sayidina Ali. Daripada hendak menikam perut pemuda Yahudi itu, Sayidina Ali membatalkannya.

 

Dia hanya merenung pemuda tersebut menyebabkan pemuda tersebut kehairanan.  Lalu dia bertanya.. “Tadi, engkau beria-ia benar hendak membunuhku dan aku tau, aku pasti mati di tanganmu. Aku ludah mukamu kerana aku tidak tahu lagi bagaimana caranya untuk menyelamatkan diri dari cengkaman maut di tanganmu. Sepatutnya, engkau menjadi lebih marah dan terus menikam perutku, tapi engkau hamnya mendiamkan diri sahaja.?” Kemudian, jawab Sayidina Ali, “Memang tadi aku hendak membunuhmu kerana engkau menghina Allah. Aku lakukannya kerana Allah. Tapi bila engkau meludah mukaku, andai aku membunuhmu, bukanlah keran Allah lagi, tapi kerana marah..”

Sebenarnya, kita boleh mengambil iktibar dari cerita ini. Lakukanlah sesuatu hanya dengan niat kerana Allah, kerana itulah niat yang paling suci dan murni sekali. Namun, jika kita membuat sesuatu kerana mempunyai niat yang tidak baik terhadap seseorang atau sesuatu, sudah pastilah niat tersebut telah terpesong dan tidak murni lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

One thought on “Buat Kerana ALLAH.!

  1. Selamat Menyambut Ma’al Hijrah,.
    Tahun Baru Islam 1433H / 2011M…

    ….. :tidur: :study: :super: …..

    Semoga Islam Sejati bangkit semula..
    Bersinar gemilang diera Akhir Zaman…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge