Cara Makan Ikut Sunnah Nabi.

Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah turut mengambil kira sistem tubuh manusia. Tubuh manusia memerlukan bahan bakar iaitu makanan untuk membolehkannya melaksanakan kerja, namun begitu kuantiti makanan yang masuk ke perut mesti dikawal supaya tidak berlembihan. Pengambilan makanan dalam kuantiti banyak adalah amalan buruk kerana beberapa sebab iaitu ianya boleh memberatkan organ dan sistem pencernaan. Seterusnya sistem pencernaan menjadi lemah dan tidak mampu mencerna secara teratur dan berkesan.

Makanan dalam jumlah yang banyak menyebabkan pelbagai penyakit.Oleh itu,pastikan kuantiti dan jenis makanan yang masuk ke perut terkawal.Nabi Muhammad ada menyebut ‘perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit’. Selain kuantiti makanan, petua kesihatan Nabi turut mengambil kira isi padu makanan.

Baginda lebih mengutamakan makanan lembut, terutama jika baru sembuh atau melalui proses pemulihan.Dalam satu hadis daripada Siti Aisyah r.a,beliau berkata: “Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu makan, baginda bersabda:Berikanlah kepadanya ‘talbiinah’! Kata baginda lagi,Demi Allah,ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran!”

Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakat Arab menyerupai bubur atau susu.Ia lembut dan tidak membebankan perut.Makanan ini juga kaya serat dan banyak membantu proses penghadaman.

Contoh peristiwa Nabi Muhammad s.a.w mengajar pemilihan makanan ketika sakit ialah sebagaimana hadis riwayat Ibnu Maajah dari Ummul Mundzir Qois al Anshoriyah, katanya:“Suatu hari Rasulullah berkunjung ke rumah kami bersama Ali k.a yang ketika itu baru sembuh daripada sakit.Kami mempunyai buah daliah (sejenis buahan di tanahsuci),lalu
Rasulullah mengambil dan memakannya dan Ali juga memakannya.

“Baginda berkata kepada Ali:Engkau baru saja sembuh daripada sakit.

“Lalu Ali berhenti memakannya.Kemudian saya buatkan masakan dari gandum dan saya berikan kepada mereka berdua,maka Rasulullah s.a.w bersabda:Ali,nah ini lebih sesuai bagimu!”

Ketika baru pulih daripada sakit, perut belum cukup kuat kerana ia sibuk bekerja menghakis sisa penyakit dari dalam perut dan badan.Buah-buahan yang sifatnya mudah terurai mungkin memberi mudarat bagi mereka yang baru sembuh.

Namun, baginda membenarkan pengambilan makanan yang tidak sesuai,tetapi dalam kuantiti sedikit sekadar menghilangkan keinginan.Perkara menarik mengenai kaedah makanan seimbang yang diajarkan Rasulullah ialah baginda tidak membataskan pada satu jenis makanan saja.Contohnya,baginda menyeimbangkan makanan bersifat panas dengan sejuk.

Dari segi komposisi makanan,baginda tidak pernah mengambil susu dan ikan atau susu dan telur atau daging dan susu atau antara makanan yang kedua-duanya mempunyai sifat panas atau sifat dingin serentak.

Baginda juga tidak mengambil dua jenis makanan yang mempunyai sifat cepat dicernakan dan lambat dicernakan, serentak.
Rasulullah tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasinkan seperti acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan.Rasulullah gemar makanan yang mengandungi unsur manis semula jadi dan madu malah baginda suka mengambil buah-buahan sebagai makanan tambahan.

Mengenai madu,Nabi mempunyai disiplin pengambilan madu yang baik untuk dicontohi,iaitu mengambilnya pada waktu pagi sebelum sarapan.Madu dicampurkan dengan air dingin sebelum diminum.Ini bertujuan mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan.

Selain jenis dan kuantiti makanan, satu aspek lain penjagaan kesihatan Rasulullah s.a.w ialah cara baginda duduk ketika makan, iaitu dalam posisi ‘mutawarikan’,iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit dan menempatkan telapak kaki kiri di atas punggung kaki kanan.Postur badan penting dalam menentukan kebaikan ketika pengambilan makanan.
Baginda juga melarang minum sambil berdiri, kecuali jika dalam keadaan terpaksa.

Berdasarkan petunjuk Nabi s.a.w,makruh minum selepas melakukan kerja berat atau sebaik habis makan atau sebelum makan. Semua itu tidak baik untuk kesihatan.Sebaliknya,biarkan beberapa detik berlalu apabila selesai aktiviti berat atau makan,kemudian minum.

Rasulullah s.a.w mempunyai petua unik ketika minum. Dalam satu hadis dari Anas bin Malik bermaksud: “Rasulullah minum dengan tiga kali nafas.Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan.”

Maksud bernafas tiga kali ketika minum ialah dengan menjauhkan bekas atau cawan dari mulut, lalu bernafas atau seolah-olah menghisap air yang sedang diminum.Larangan bernafas di dalam gelas ketika minum ditemui dalam hadis bermaksud:
“Jika seseorang di antara kalian minum maka janganlah bernafas di dalam gelas minuman, tetapi hendaklah direnggangkannya dari bibir.”

Rahsia besar Rasulullah s.a.w yang patut menjadi teladan ialah baginda tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang enak.Ini terkandung di dalam hadis bermaksud:
“Anas berkata:Rasulullah tidak pernah mencela makanan.Jika berselera dimakannya,dan jika tidak maka ditinggalkannya.”

Justeru,semua orang tidak wajar menunggu hari tua atau berusia lewat 40-an untuk memulakan amalan pemakanan sihat. Mulakanlah sekarang!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge