Jemaah Haji Malaysia Terima 10 Liter Air Zam-Zam Tahun Ini

Menurut Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman iaitu Ketua Rombongan Haji Malaysia, Jemaah haji Malaysia yang menunaikan haji di Makkah akan menerima sebotol 10 liter air zam-zam setiap seorang pada tahun ini.

Air zam-zam ini akan diberikan selepas jemaah haji ini mengutip beg bagasi mereka sebaik saja tiba di lapangan-lapangan terbang utama negara selepas musim haji.

10 liter air zam-zam ini akan diberikan secara percuma walaugaimanapun caj sebanyak 5 riyal untuk kos pembotolan dikenakan oleh pihak pengurusan kilang.

“Pada tahun-tahun lepas, para jemaah hanya diberi bekalan air zam-zam sebanyak 5 liter tetapi pengeluaran botol bersaiz itu telah dihentikan oleh kilang pembotolan air zam-zam Raja Abdullah,” kata Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman selepas melawat kilang itu di Kudai hari ini.


Air Zam Zam – gambar dari suraukini.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge