Bila Bekerja, Bawalah Hati (sebuah kisah)

Pada suatu ketika dahulu, Dieter Zetsche,  CEO merangkap pemilik  syarikat kereta yang terkemuka di dunia, Mercedes Benz telah berhadapan dengan masalah kebocoran paip air di bilik mandi di dalam rumahnya. Paip tersebut selalu bocor sehinggakan beliau khuatir anaknya yang selalu bermain di bilik air akan tergelincir dan jatuh disebabkan oleh keadaan lantai bilik mandi yang licin.

Apabila menceritakan keadaan tersebut kepada seorang rakan baiknya, rakannya tersebut telah merekemenkan seorang tukang paip untuk membaiki paip air yang terdapat di bilik mandi tersebut., Mr. Dieter lalu terus menghubungi tukang paip yang direkemen oleh kawannya untuk datang ke rumahnya dan memperbaiki paip yang bocor itu. Akhirnya mereka telah menyetujui perjanjian bahawa tukang paip tersebut akan datang ke rumah Mr Dieter 2 hari kemudian disebabkan oleh kesibukan tukang paip itu sendiri. Tukang paip tersebut sama sekali tidak menyangka bahawa pelanggan yang menghubunginya sebentar tadi adalah seorang VIP, iaitu pemilik  perusahaan kereta mewah terbesar di Jerman.
Setelah dihubungi, sehari kemudian, tukang paip menghubungi Mr. Dieter untuk menyampaikan ucapan terima kasih kerana telah bersedia untuk menunggu sehingga sehari lagi.
Mr. Dieter menjadi sangat kagum atas layanan baik si tukang paip dan cara beliau melayan pelanggannya.
Pada hari berikutnya, iaitu pada hari yang telah ditentukan, si tukang paip pun datang untuk membaiki paip yang bocor di rumah Mr. Dieter.
Akhirnya paip tersebut pun selesai diperbaiki dan setelah menerima bayaran atas jasa baiknya, si tukang paip pun  pulang.
Sekitar 2 minggu kemudian setelah hari itu, si tukang paip menghubungi  Mr. Dieter untuk menanyakan keadaan paip yang telah siap dibaiki dan keadaan paip tersebut setelah siap dibaiki. Ternyata Mr. Dieter berpuas hati akan hasil kerja si tukang paip dan mengucapkan terima kasih atas layanan baik si tukang paip tersebut. Akhirnya, Mr. Dieter terfikir, bahawa orang ini pasti orang yang hebat walaupun hanya seorang tukang paip..
Beberapa bulan kemudian Mr. Dieter, pemilik Mercedes Benz telah mengambil keputusan untuk merekrut si tukang paip untuk bekerja di perusahaannya. Tahukah Anda siapa namanya tukang paip tersebut???
Ya, dialah Christopher L. Jr. Dan ketika anda sedang membaca rencana ini, beliau merupakan seorang General Manager of Customer Satisfaction and Public Relation di Mercedez Benz ! Wow..hebatkan??
Cerita di atas memberikan motivasi kepada kita untuk memberikan yang terbaik di kehidupan ini, walau apapun posisi atau situasi kita pada saat ini. Kita tidak tahu, sebenarnya posisi kehidupan kita dimana, namun dengan memberikan yang terbaik, kita tidak akan menoleh ke belakang melihat goresan cerita kehidupan kita dengan kekecewaan. Yang ada hanyalah senyum kepuasaan akan apa yang telah kita lakukan.
Kehidupan ini hanyalah panggung sandiwara, maka sebaik-baik pemain adalah yang bermain terbaik mungkin dengan kesedaran bahwa perananya sebagai seorang pemain (player) hanyalah sementara.
Ada naskah dan skenario Sang Pencipta yang tidak kita tahu.
Disebalik kebahagiaan, kadang kala, skenario selanjutnya adalah kesedihan, begitu juga kadang kala dibalik kesedihan, skenario selanjutnya adalah kebahagiaan.
Hanya 2 hal yang kita dapat lakukan, iaitu meyakini bahwa skenario yang Tuhan berikan adalah yang terbaik dan kita juga harus membuat yang terbaik dalam melalui setiap peristiwa kehidupan kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge