Bukti Kebenaran Siksa Kubur :: Peringatan daripada Allah swt

Gambar di atas merupakan mayat seorang pemuda lelaki berumur 18 tahun yang meninggal dunia di salah sebuah hospital di Oman. Mayat ini digali semula daripada kuburnya selepas 3 jam dikebumikan di atas permintaan bapanya. Pemuda ini dikebumikan secara Islam dan pada hari yang sama beliau disahkan meninggal dunia oleh para doktor. Walaubagaimanapun, timbul keraguan pada bapanya tentang kesahihan punca kematian anaknya dan ingin membuat pengesahan semula.
Sanak saudara dan rakan-rakannya terkejut setelah melihat mayat pemuda ini. Pemuda ini kelihatan berubah sepenuhnya dalam tempoh hanya selepas tiga jam dikebumikan. Kulitnya bertukar menjadi kelabu seperti orang yang sangat tua, beserta beberapa kesan penderaan dan pukulan, dengan tulang-tulang tangan dan kaki yang telah patah, tulang-tulang rusuknya pecah dan menekan ke arah dalam badannya. Keseluruhan tubuh dan mukanya telah cedera. Matanya yang terbuka menggambarkan ketakutan dan kesakitan yang amat sangat. Kesan-kesan darah pada mayatnya menunjukkan seolah-olah beliau baru menjalani beberapa siksaan.
Setelah merujuk mayat pemuda itu kepada beberapa orang saintis Islam, mereka bersetuju bahawa kaitan yang terdekat tentang kejadian ini adalah tentang siksaan kubur yang dijanjikan oleh Allah swt yang telah diingatkan melalui hadis-hadis Rasulullah saw. Bapanya yang juga terkejut dengan kejadian itu mengakui bahawa anaknya berakhlak buruk, meninggalkan solat, menjalani kehidupan sosial yang bebas dan melakukan pelbagai jenis dosa. Setiap manusia yang mati pasti akan menjalani soal jawab di dalam kubur kecuali mereka yang Syahid pada jalan Allah swt seperti terkorban ketika menegakkan agama Islam. Ini merupakan ujian awal yang akan dilalui oleh setiap manusia sebelum Hari Kiamat.
Dalam Hadis Rasulullah saw :
Selepas kematian, roh seseorang yang mati akan kembali kepada tubuhnya dan dua malaikat akan muncul, Mungkar dan Nangkir, dan akan bertanya “Siapa Tuhan kamu ?” dan dia akan menjawab “Allah tuhan aku”. Kemudian mereka bertanya padanya “Apa agama kamu ?” dia akan menjawab “Islam agama aku” Kemudian mereka bertanya padanya “Siapa yang diutuskan kepada kamu ?” dia akan menjawab “Rasulullah saw diutuskan kepada aku” Kemudian mereka bertanya padanya “Bagaimana kamu tahu ?” dia akan menjawab “Aku membaca kalam Allah (Al-Quran) dan mempercayainya” Kemudian akan kedengaran suara dari Syurga mengatakan “ Hambaku telah bercakap benar, baringkan dia di atas katil daripada Syurga dan bukakan pintu Syurga untuknya” Kemudian dia akan mendapat kebahagiaan dan mula merasai kenikmatan dari Syurga, dan kuburnya akan diluaskan seluas mata memandang.

Rasulullah saw bersabda tentang manusia yang berdosa. Selepas proses kematian selesai, rohnya akan kembali kepada tubuhnya dan dua malaikat akan muncul, Mungkar dan Nangkir, dan akan bertanya “Siapa Tuhan kamu ?” dan dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian mereka bertanya padanya “Apa agama kamu ?” dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian mereka bertanya padanya “Siapa yang diutuskan kepada kamu ?” dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian akan kedengaran suara dari langit mengatakan “ Hambaku telah berdusta, masukkan dia ke dalam kotak yang diperbuat daripada api dan bukakan pintu Neraka untuknya” Kemudian dia akan merasa bahang daripada api neraka dan kuburnya akan sempitkan sehingga bersilang tulang-tulang rusuknya.

Dalam Hadis juga dinyatakan, bahawa malaikat dengan kejamnya akan menghukum orang-orang yang berdosa semasa ujian di dalam kubur dan siksaannya sangat menakutkan. Juga dimaklumkan bahawa Rasulullah saw memohon kepada Allah swt agar dilindungi daripada siksaan kubur dan menyuruh umatnya juga berbuat demikian.

Peristiwa pemuda berumur 18 tahun ini adalah sebagai peringatan kepada sesiapa yang mempercayainya dan hanyalah sebagai satu lagi cerita dongeng kepada sesiapa yang pintu hatinya ditutup oleh Allah swt. Mereka ini melihat tetapi tidak nampak, memasang telinga tetapi tidak dengar.

7 thoughts on “Bukti Kebenaran Siksa Kubur :: Peringatan daripada Allah swt

  1. Seremmmm buk…..

    Kata Si-Ariff : Kalo mahu tahu mayat tuh bakal kena siksa kubur ato
    ngak, biasanya bisa ditelah dari keadaan mayat tuh. Antara Yg Ariff
    dlm bab neh adalah Juru Mandi Mayat yg melakukan kerja2 meruang.
    Namun mereka ngak bisa membocorkan keaiban si-mayat tuh, karna
    bisa menyeksakan lagi si-mayat, melaenkan kalo dipinta oleh pewaris
    terdekat. Karna waris terdekat tuh biasanya koq anaknya yg soleh yg
    bisa mendoakan kesejahteraan si-arwah tuh…

    Ketahuilah pada jasad manusia tuh disitulah semuanya tercatitnya
    “Kitab Rakaman” ato Akashi Record tuh. Segala amal dosa pahala,
    redho ato murka-Nya semuanya tertulis, ngak ada satu zarah pon
    yg bisa kita sembunyikan. Apabila kita berada diAlam Barzah segala
    kitab amalan baik ato buruk akan lebeh nyata, akan dipertontonkan
    dihadapan kita, samada khabar gembira ato khabar duka yg amat
    memalukan. Disitulah bermula terbuka kesedaran namun da ngak
    bisa gostan. Oleh itu bagi kita yg maseh ada Hayat dikandong badan,
    sewajarnya bersegera tobat mohon ampon pada-Nya, karna sebagei
    hamba-Nya kita ngak pernah sunyi dan terlepas dari lakuan dosa
    dan noda……

    Bagimana keadaan si-mayat diperkuburan tuh nggak ada sapa yg bisa mengkhabarkan. Comaan gambarannya dari perkhabaran Al-Quran dan
    Hadis2 Nabi SAW Rasol Junjongan bisa dirujuk sebagei panduan. Maka
    segala perkhabaran2 itu adalah bener tidak dusta….

    Sekian, sekadar buat renongan bersama.. :dsadasccc: ..

    Allahu’alam….

  2. ….SIKSA KUBOR….

    Bermula… Setiap yg dihidupkan itu da pasti akan mati. Mati adalah bagi jasad
    ragawi, sedangkan Sang Aku kita tuh ntah kemana pergi ngak tahu… Setelah
    mayat diperkuburan, apakah benar Ruh itu dikembalikan..?? Apakah Ruh itu
    yg akan menerima azab sengsaranya siksa kubur itu..?? Tidak ada manusia
    yg bisa masuk campor dlm soal Ruh, karna Ruh itu darjatnya Ammar Rabbi –
    Urusan Tuhan, seperti Firman-Nya tatakala : “Aku Tiupkan Ruh-Ku”….

    NYAWA DAN RUH : Apabila sesaorang tuh da mati, dikata orang si-polan tu
    da mati da tak berNyawa. Tak pernah pula dengar si-polan tu da mati disebut
    da tak berRuh. Dari sini terbit istilah Nyawa dan Ruh. Apakah Nyawa dan Ruh
    itu 2 perkara yg berbeda..?? Ato Nyawa dan Ruh itu perkara yg sama..?? Kalo
    Nyawa dan Ruh itu berbeda, koq lagi rumit bicaranya…. Ruh itu dibangsakan
    kejadiannya Latiffah Rabbaniah. Kalo Nyawa tuh ntah apa mahu ditakrifkan…
    Ringkasnya dari soal Nyawa dan Ruh itu, terbitnya itu 2 fahaman pendapat :
    (1) Nyawa dan Ruh itu 2 sebutan dari 2 maksod yg berbeda.
    (2) Nyawa dan Ruh itu 2 sebutan tapi 1 maksod yg sama….

    KEADAAN MAYAT : Berbalik soal siksa kubor, maka berkaitan pula ia dgn
    keadaannya satu2 mayat ato jenazah itu. Keadaan mayat seseorang itu
    berbeda2 berbagei rupa dan ragam mengikut fiel si-tuan badan tatakala
    hayatnya dikandong badan :

    (1) Ada mayat keadaannya menyenangkan, bercahaya kekuningan berseri
    sejuk mata memandang. Elok rupanya seperti orang tidur, lembut, ringan,
    wangi… Ada mayat baunya harum bak kasturi. Bahkan ada mayat yg hilang
    ghaib bila dikapankan, dinamaka dia itu Rijalul Ghaib…

    (2) Ada mayat keadaannya menyedehkan lagi menyeramkan. Ada yg kurus
    kering melidi. Ada yg berat gemok kembong. Ada yg busuk baunya pekong.
    Namun mayat tetap diuruskan hingga keperkuburan, karna Fardhu Kifayah,
    ada orang laen buat, kita tak payah…

    Namun hadir kerumah orang mati hingga Si-Mayat selesai diurus ditanam
    diperkuburan, sangat2 digalakkan. Setidak2nya mengingatkan akan mati,
    mengingsafi diri satu masa nanti kita pun seperti dia juga. Dari tanah jasad
    kita diciptakan, kepada tanah juga mayat kita dikembalikan…. Tanah, Air, Api,
    Angin…. Yg kejadian dari Tanah da dikembalikan ketanah. Cobak renongkan
    yg dari unsur Air, Api, Angin itu kemana tempat dipulangkan…???

    SIKSA KUBUR : Setelah mayat ditinggalkan kegelapan kesaorangan, lagi
    menyeramkan ditanah perkuburan, apakah pula perkara2 yg mendatang..??
    Ngak ada orang yg da mati dihidupkan semula keluar dari tanah perkuburan
    yg bisa menerangkan apa yg dilalui diAlam Barzah itu… Dari dalil2 Al-Quran
    dan Hadis2 Junjongan SAW bisa dijadikan pegangan, dipelajari buat diimani,
    fasal menyatakan itu siksa dan azab kubur…. Allahu’alam….

    KEADAAN MAYAT DIPERKUBURAN : Kalo mayat sebelum dikuburkan ada
    berbagei rupa. Begitu juga mayat dlm kubur juga ada belbagei rupa dan keadaannya. Ada yg busuk reput berhimpon tulang. Ada yg lansong tak reput
    itu siapakah gerangan..?? Ada diceritakan antaranya orang2 yg gugor mati
    syahid berjuang dijalan Allah mayatnya tak reput, seperti Sayyidina Hamzah.
    Begitu juga mereka itu yg hafal Al-Quran, yg koq bisa dinamakan Kitab Yg Berjalan…

    Sekian, sedikit buat direnongkan bersama…. :dsadasccc:
    Koq bersalahan mohon ampon abaikan aja…… :dsadas:

    Wallahu’alam & Wassalam……

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>