Kita Sebatang Pensel

Seorang lelaki merenung pensel yang baru dibuatnya. Cantik, lebih cantik, lebih teguh dan lebih hitam coretan matanya berbanding biasa. Sejurus sebelum memasukkan pensel itu ke dalam kotak, lelaki berkenaan berkata, “Ada lima perkara yang  perlu engkau ketahui sebelum aku masukkan engkau ke dalam dunia barumu ini. Engkau perlu ingat semua perkara itu supaya engkau menjadi pensel yang terbaik sepanjang masa.”

“Pertama;” kata si pembuat pensel, “kau boleh menulis banyak perkara yang hebat, tapi ini hanya berlaku jika engkau benarkan dirimu dipegang oleh seseorang., Kedua, kau akan alami kesakitan semasa matamu ditajamkan, tapi kau perlu laluinya bagi membolehkan kau menjadi pensel yang lebih baik. Ketiga, kau boleh membetulkan kesilapan-kesilapan yang dilakukan. Keempat, benda yang paling berharga padamu berada pada tubuhmu. Dan kelima, tidak kira di atas permukaan apa kau digunakan, kau mesti tinggalkan bekasmu. Walau dalam keadaan apa sekalipun, engkau mesti terus menulis.” Pensel memahami kata-kata pembuatnya. Ia berjanji akan menggalas tugas seperti yang diamanahkan. Lalu dia pun dimasukkan ke dalam bekasnya.

Cuba gantikan pensel itu dengan diri kita. Ingat kelima-lima perkara penting itu dan kita akan menjadi manusia yang hebat sepanjang masa. Pertama, kita boleh lakukan banyak perkara yang hebat, dengan syarat kita sentiasa mengizinkan diri kita berada dalam genggaman Ilahi. Dalam masa yang sama, izinkan manusia yang lain memandu kita untuk mencapai impian hidup kita dan melakukan yang terbaik. Kedua, kita akan menderita bila ‘ditajamkan’ dari semasa ke semasa dengan melalui pelbagai ujian dan dugaan. Biarpun sakit, tetapi ,kita amat memerlukan ujian dan dugaan tersebut untuk menjadi manusia yang cekal, gigih serta berfikiran tajam.

Ketiga, kita boleh membetulkan kesilapan yang telah dilakukan. Keempat, bahagian paling berharga pada diri kita berada di dalam diri kita sendiri. Kelima, dan yang paling penting, tidak kira atas permukaan apa kita melangkah, kita mesti meninggalkan bekas. Tidak kira bagaimana situasi melanda, terus laksanakan tugas yang dilaksanakan sebaik yang boleh,.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

2 thoughts on “Kita Sebatang Pensel

  1. Bukan aja Manusia tuh sering alpa akan dirinya,
    malahan Manusia tuh sering ngak sabar, sering
    ribot2an ngak bisa menjaga lakuannya… :dsadasccc: :sd: :dsadasccc:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge