Mengapa Orang Eropah Lebih Tinggi Dari Orang Asia

grow_taller_satogrowth_height_growth_increase_naturally_maximum_growth_hgh.jpg

Assalamualaikum wbt sekalian Muslimin,

Siapa yang pernah hidup zaman perang dunia kedua sewaktu Jepun menyerang Tanah Melayu pastinya mereka masih ingat bagaimana orang Jepun ini macam ayam katik atau macam ayam serama kerana mereka adalah orang yang pendek.

Bila kita berkunjung ke mana-mana pusat peranginan seperti Genting Highland tentunya kagum melihat orang Amerika dan Eropah besar dan tinggi badan mereka.

Apabila kita belajar dalam ilmu sains dinyatakan bahawa orang Amerika dan Eropah ini mempunyai gen yang khusus yang menjadikan badan mereka tinggi.

Pandangan dari ilmu sains ini diterima umum tanpa banyak soal kerana ada perkataan “MENURUT SAINS”. Persoalan yang ingin saya kemukakan disini ialah “Apakah kenyataan sains yang mengatakan orang Amerika dan Eropah ini mempunyai baka atau gen tinggi ini benar atau hanya tipu daya manusia dengan menggunakan sains sebagai alatnya?? “.

Setengah orang pula mengatakan bahawa jikalau kita makan makanan yang berzat seperti susu, telur dan daging, kita boleh menjadi tinggi macam orang Amerika!!

Sebelum saya mengupas lanjut isu ini mari kita lihat senario ini:

1. Hamba abdi yang diambil dari Afrika dulu kebanyakannya pendek namun mengapakah kini bangsa ini di Amerika majoritinya adalah tinggi dan setanding dengan orang Amerika lainnya??

2. Sesiapa yang pernah pergi mengerjakan haji atau umrah tentunya pernah melihat orang Arab Saudi sebahagiannya tinggi setanding orang Amerika tetapi sebahagian mereka juga pendek macam orang Malaysia. Begitu juga dengan orang Afrika yang sebahagiannya tinggi dan sebahagiannya pendek??

3. Sewaktu musim haji ini juga kita boleh melihat orang Afghanistan majoritinya tinggi macam orang Amerika sedangkan kita semua tahu bahawa orang Afghanistan ini makan makanan yang tidak mewah semewah majoriti orang Malaysia.

4. Ramai orang Benggali di Malaysia jauh lebih tinggi dari kebanyakan orang melayu dan Cina.

5. Ramai orang Indonesia yang bekerja di Malaysia adalah pendek berbanding kebanyakan orang Malaysia.

6. Kebanyakan orang Cina di Tanah Besar Cina juga adalah pendek.

7. Kebanyakan orang Cina yang berhijrah ke Amerika akhirnya menghasilkan keturunan yang semakin tinggi seperti beberapa bintang filem Cina di Hollywood yang setanding dengan orang Amerika lainnya.

8. Kini ramai orang Jepun di Jepun dan orang Cina di Hongkong lebih tinggi saiz badannya berbanding kebanyakan orang Jepun dan Cina dahulu kala.

9. Terdapat banyak kes, datuk nenek dan ibu bapa bersaiz pendek namun menghasilkan anak yang tinggi hingga 5? 11? atau lebih tinggi lagi.

Memadailah dengan 9 senario yang saya kemukakan di atas untuk membuka minda kita semua bagi topik perbincangan kali ini. Apakah hipotesis yang kita semua boleh ketengahkan untuk menjelaskan senario di atas??

Saya amat bersyukur kepada Allah SWT kerana dipertemukan seorang guru yang akhirnya menjadi satu-satunya sahabat yang paling rapat sehingga saya begitu merasakan kehilangannya kira-kira lebih 3 tahun lalu apabila beliau dipanggil menghadap Ilahi pada usia 58. Beliaulah yang begitu banyak sekali membimbing saya dari budaya jahiliah kepada hidup sebagai mudah-mudahan insya-Allah seorang muslim yang beriman.

Ilmu tersebut ialah SESEORANG YANG BANYAK MENGAMBIL MAKANAN DARI PRODUK GANDUM AKAN MENJADIKANNYA TINGGI BERBANDING SESEORANG YANG BANYAK MENGAMBIL MAKANAN DARI PRODUK BERAS.

Saya memang begitu memahami tabiaat saya dahulu kala, iaitu bukan mudah untuk menerima pendapat sesiapa walaupun guru saya sendiri dan guru saya juga amat memahami hakikat ini. Inilah yang menyebabkan proses bimbingan arwah guru saya terhadap saya amat halus.

Sebaik menerima ilmu ini saya mula berfikir. Saya mula melihat diri saya ini. Saya dilahirkan oleh ibu bapa dari keturunan jawa tulen. 8 orang adik beradik dan kesemuanya pendek belaka paling tinggi pun sekadar 5? 4?. Namun Allah jadikan saya dengan ketinggian lebih dari 5? 11?. Kejadian Allah ada sunnatullahnya. Setelah mengkaji sejarah hidup saya sewaktu kecil hingga remaja dan saya bandingkan dengan adik beradik lain, maka saya akur dengan ilmu dari guru saya tersebut. Sewaktu saya berada di sekolah rendah darjah 1 hingga 6, saya adalah pendek di dalam kelas.

Saya sejak kecil amat gemar kuih yang diperbuat dari tepung gandum seperti kuih ketayap, kaswi, lapis, pau, roti canai dan cekodok. Banyak dari kuih ini saya yang membuatnya sendiri bermula dari usia 10 tahun. Ini adalah perbezaan yang nyata berbanding adik beradik lain yang gemar makan nasi tidak kira pagi, tengahari, petang atau malam. Setelah memasuki tingkatan 4 saya berpindah ke sekolah asrama penuh dan memang roti adalah hidangan utama dan saya juga amat gemarkan roti ini yang saya makan dengan mentega buttercup. Pada peringkat inilah saya perhatikan saya mula menjadi orang yang tertinggi di dalam kelas. Kesimpulan dari sejarah hidup saya ini ialah; saya dilahirkan sebagai seorang yang pendek sehingga tingkatan 1 dan selepas ini saya mula bertambah ketinggian dengan pantas hingga tinggi saya menjadi lebih 5? 11? sekarang. Sebenarnya memang saya banyak sekali mengambil makanan dari produk gandum selain nasi.

Selepas mengkaji sejarah hidup saya, saya mula mengkaji sejarah pelajar saya yang tinggi lampai bila ada kesempatan. Ia tepat sekali. Kemudian saya mengkaji orang Benggali. Rupanya bangsa ini memang menjadikan capati sebagai makanan ruji mereka. Padanlah orang Benggali ini majoritinya tinggi kerana mereka banyak makan capati. Capati dibuat dari tepung ata dan sebenarnya tepung ata adalah tepung gandum tulen dan itulah sebabnya tepung ini berwarna keperangan iaitu warna sebenar gandum sebagaimana warna spageti dan makaroni. Tepung gandum yang biasa kita beli memang mengandungi gandum namun ia tidak tulen dan itulah sebab harganya murah dibandingkan dengan tepung ata.

Bila kita kaji orang Afghanistan pula, mereka makan makanan yang sangat asas tanpa makanan mewah seperti kebanyakan orang di Malaysia namun satu fakta pentingnya ialah ia makan roti gandum tulen yang menjadi makanan rujinya. Dengan ini, ilmu yang disampaikan oleh arwah guru saya ini adalah benar.

Bila kita lihat pelakon Cina di Hollywood kini ramai yang segak tinggi macam orang Amerika, barulah kita faham bahawa setelah mereka berhijrah, mereka melahirkan generasi muda yang makan makanan yang sama atau mirip makanan orang asli Amerika yang banyak makan produk gandum. Itulah sunnatullahnya yang menjadikan mereka tinggi macam orang Amerika.

Orang Jepun moden dan Cina moden yang tinggal di Hong Kong juga sudah berubah selera mereka dan gemarkan piza dan pelbagai roti. Apabila ia di makan dengan kerap, jadilah mereka generasi baru Jepun dan Cina yang tinggi.

Orang Cina di Tanah besar Cina serta orang Jepun secara tradisinya memang menjadikan beras dan produk beras seperti beehoon, kueutiaw dan sebagainya sebagai makanan utama mereka. Inilah faktor utama yang menjadikan mereka pendek sebagaimana juga orang jawa di Indonesia dan juga yang merantau ke Malaysia . Sekiranya kebiasaan ini dikekalkan, insya-Allah generasi mereka akan kekal pendek tetapi jikalau mereka mula menukar selera dengan makanan produk gandum, insya-Allah generasi muda mereka akan menyaingi ketinggian orang Amerika.

Itulah juga penjelasan mengapa sebahagian orang Arab di Arab Saudi ada yang tinggi dan pendek. Mereka yang banyak makan produk beras akan pendek dan mereka yang banyak makan produk gandum akan insya-Allah tinggi.

Namun satu perkara penting perlu diingat ialah kadar pertambahan tinggi perempuan adalah terhenti pada usia 15 – 17 tahun manakala bagi lelaki adalah pada usia 17 – 20 tahun. Sebaik-baik usaha yang molek untuk melahirkan anak yang tinggi ialah dengan memberikan makanan produk gandum pada usia awal sehingga usia sebelum 15 – 17 bagi perempuan dan 17 – 20 bagi lelaki. Makan produk gandum pada usia melewati usia-usia ini tidak mendatangkan tambahan ketinggian.

alicyber: – kurang setuju penggunaan perkataan PENDEK, sepatutnya diganti dgn perkataan RENDAH.

– kalau info ni benar, ingat ayat2 terakhir tu. Jika umur anda dah terlajak, walau berguni2 gandum yg anda telan, atau
berkilo2 roti anda makan, anda tak akan bertambah tinggi lagi, cuma mungkin perut anda yg akan bertambah besar…

– boleh dipraktikkan kpd anak2 atau adik2 kita. 10-20 tahun lagi, sila bagitau saya adakah ia berkesan.

– info yg boleh dipraktikkan juga dlm bidang sukan yg pentingkan saiz badan (macam bolasepak). Mungkin 10-20 tahun lagi, barulah skuad bola kita boleh pergi World Cup.

– Ntah2 penulis ni tauke kilang tepung gandum kot, takpun tauke kilang roti…saja la tu nak bagi produk dia laris…hehe gurau je…bersangka baiklah kamu terhadap saudara2 kamu…

Jumpa lagi, wassalam.

Penulisan asal emjayjb.multiply.com

Maklumat lanjut: Grow Taller Secrets

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

48 thoughts on “Mengapa Orang Eropah Lebih Tinggi Dari Orang Asia

  1. :korek: ala..tinggi pun org eropah tp tak pandai makan ulam..org asia terutama kita ni la hebat mkn ulam..
    :menari: btol tak? yang penting tu agama..budi pekerti..adat..
    :jalan: aku nak g main futsal ni..biak pun aku rendah tp jiwa aku tinggi..ahak.. :fikir:

  2. alaa x mngape la..uat ape tinggi2 ni..nnt nk msuk umah x leh.. mklumlah umah kt malaysia ni kan kcik2..hehe :fikir: :hi:

  3. Meman bagus info ni..aku ni dalam kategori sempat lagi kot..hua22.

    Apa bestnya kalau tinggi ni..?

    adakah…kerana =
    rasa “cool” bila tingi = pendek tu x cool ker?
    (cuber tgk matt damon, top ten hollywood jerr…huhuhu

  4. saya sokong :menari: ngan pemberi petua ni…maklum lah saya ni rendah.. :teruja: thanks cos sudi bwat blog ni..saya mungkin akan sedaya upaya mencuba petua ini :study: ..

  5. bagus cite ni, menurut kajian yg aku penah baca (n lupa2 ingat) jika 2 org sorang tinggi sorang rendah dicalonkan, org yang tinggi lebih berkemungkinan naik pangkat ditempat keje

    elok diamalkan oleh org Islam, supaya ramai yg lebih tinggi dan tk rasa rendah diri dgn org agama lain

    aku dulu selalu pikir mcmana nk jadi tinggi, cuma bila sekarang baru dapat petua ni

    nice info..

  6. ahax !! …thans kpd owg yg uat blog nih…saye nk try larh,,huhu.. :korek: mna tau jadik ke..>> :study: ..klu brhasil….thanks sooo muc… :comel:

  7. :comel: :menari: :teruja: :korek: :jahat: :bye: :study: :jalan: :tidur: :waa: :terkejut: :super: :sd: :peluh: :panic: :ooo: :nyayi: :nangis: :nangis3: :nangis2: :merana: :merajuk: :marah: :malu2: :lala: :kyu: :korek2: :ketawa: :kenyang: :jack: :huhuhu: :hi: :haha: :fuh: :fikir: :dsadsad: :dsadasccc: :dsadas: :ding: :confused: ….ahax !! XD

  8. hahaha…boleh caye ke article ni…
    aku skrg ni pendek gille x ingat….umur aku skrg 18
    kalau korang tgk muka aku cam budk2 darjah 6 je…
    :study:

  9. aku pendek kot.
    xtaw la
    kawan2 aku pown ejek aku pendek :merana:
    yg paling kecewa pak we aku pown pnggil aku pendek :jahat:
    kureng tol
    nak tingggggii!!!!!!!!!! :kyu:

  10. manusia ini unit,
    begitu juga dgn ktinggian ada yg terlebih rendah, rendah, tinggi, dan terlebih tinggi.
    ini brgtung kpd kturunan (jntik). klau dah dilihirkan sbg seorang yg rendah trima sajalah mgkin ada kbaikannya.
    klau terlalu tinggi mcm saya ni susah pula. nak masuk rumah pon dah tersangkut kpala di pintu. 182 berat 69kg :study:

  11. Salam, saya tak nafikan info yang saudara beri, saya sendiri pun tinggi 6 kaki 4 inci, ada satu lagi saudara terlupa, kalau nak tinggi bukan makan je kita kena buat, kita juga mesti aktif dalam sukan, contohnya masa di sek. menengah saya aktif dalam bola keranjang, berlari, lompat, berlari, lompat lama-lama tak sedar kaki seluar yang panjang dah jadi senteng, selamat mencuba!

  12. …Cepati, Tairu, Minyak Sapi, Susu Lembu,
    Kesukaan Benggali… :dsadasccc: :sd: :dsadas: …

    Kalo nak tinggi dan besar antaranya amalkan makan
    makanan resepinya yg ada tairu yakni “susu masam”.
    Selaen makan harian mereka roti cepati dgn susu lembu…
    Sebab itu Benggali tuh jantan pompuan tinggi2 dan besar2…

    :ketawa: :lala: :sd: :marah: :panic: :haha: :kenyang: :bye:

    Benggali tuh tinggi2 sebab da banyak makan roti cepati,
    Lawannya kurma kambing diratah pula dgn bawang besar…
    Percaya gak koq kenapa Benggali tuh besar dan panjang.. :dsadasccc: .. ??
    Amalkan malam2 lumo dan urut dgn minyak sapi… :sd: :dsadas: …

    Perasan gak, koq kenapa carrier belakang
    basikal Benggali beso dan lebo…? :dsadsad: ?

  13. ……BENGGALI ASLI :sd: VS :dsadas: BENGGALI PADI…..

    ….Benggali Zaman Dulu…. :sd: :haha: :sd:

    Tahu gak, bilangan Benggali tuh yg teramai dlm Malaysia ketika tuh hanya
    terdapat dikawasan Batu Gajah, Changkat Tin, Bidor, Malim Nawar, Kampar
    dan Tronoh Mines. Kenapa…??? Sebabnya Benggali tuh besar2, tinggi2,
    panjang2 dan kuat2 belaka. Kalo ngak ada Benggali tuh, kapal korek bijeh
    timah tuh ngak bisa beroperasi. Percaya gak… :dsadasccc: :dsadsad: :dsadas: … merekalah Badang2
    Benggali yg memegang kabel2 pengikat pada 4 penjuru, menarik, membalance
    kapal korek yg berat jutaan ton tuh, dari tenggelam ditengah2 lombong… :sd: :dsadsad:

    :super: :marah: :haha: :kyu: :kyu: :kyu: :kyu: :kyu: :kyu:

    Setelah mereka tuh da tua da pencen, anak2 mereka ngak mahu mengganti,
    akhirnya perusahaan kapal korek bijeh timah terpaksa ditutop, da bungkos….
    Mereka terus bermukim dikawasan tersebut, hingga sekarang. Benggali suka
    minum susu lembu dan susu asli. :sd: Sebab tuh susu asli Benggali cepat
    da kendo da melendut. Tapi awas ya… kalo memandu malam2 tuh hati2 ya koq
    lembu2 mereka tuh suka rehat tido atas jalan, kerbau2 mereka tuh berkeliaran
    melintas jalan, da ramei yg kemalangan…. :haha: :dsadasccc: :dsadas:

    ….Benggali Zaman Sekarang…. :dsadasccc: :haha: :dsadas:

    Benggali Asli da keluar bertaburan. Sekarang neh da diganti dgn Benggali
    Padi. Benggali Padi neh Benggali saiz kecil dan pendek, sangat pemalas,
    itulah Pak Bangla2 tuh. Mereka neh sangat memilih kerja kilang yg ada ramei
    cewek2 Indon ato tempatan. Benggali Padi neh suka makan nasi, sebab tuh
    badannya rendah, kecil dan pendek2. Dlm pendek2 itu pon koq kenapa ya da
    ramei cewek2 Melayu yg da terkedap-kedip ama Pak Bangla tuh….?? :dsadasccc: :dsadasccc: ??

    :ketawa: :lala: :comel: :menari: :nyayi: :ding: :haha: :marah: :confused:

    Permissi … :dsadsad: …

  14. …… PERBEDAAN ANTARA
    BENGGALI ASLI DGN BENGGALI PADI ……

    Koq begitu agaknya kenapa Benggali Asli tuh besar tinggi,
    Tegap panjang koq ada yg mencecah lebeh 6 kaki 8 inci,
    koq karna banyak makan roti capati roti nan buatan sendiri,
    Lauknya kambing korma minyak penumisnya minyak sapi
    Awas2 penyedabnya dicampor seket susu masam tairu asli
    Ulamnya bawang besar diratah dgn ayam masak tandori….
    Da berzaman koq hormon DNA Benggali Asli gak berganti….

    :ketawa: :lala: :korek2: :sd: :comel: :bye: :kenyang:

    Si-Bangla Benggali Padi tuh renik2 rendah ngak tinggi,
    Sebab banyak makan nasi lauk ikan sejak dari dulu lagi,
    Makan lauk ikan sepat goreng cicah kicap nak ekonomi,
    Bangla na jimat duit kemut simpan na hantar balik negeri.
    Kerja sawit kerja berat gak kuat da pasti Bangla cabut lari,
    Kerja kilang kerja ringan banyak cewek itulah Bangla na cari……

    :fuh: :nyayi: :lala: :haha: :nangis3: :marah: :confused:

    Bangla tuh rendah, kecil, malah pendek dari orang Melayu.
    Tapi koq kenapa saham da laku awek2 Indon dan Melayu
    suka ama Bangla? Hanya Bangla tuh ada resepi sendiri… :sd:

    ….. SEBENAR2 BENGGALI TUH SIAPA …..??

    Dengar sejarahnya sebenar2 Benggali tuh orang2 Bangladesh,
    dari asal Pakistan Timur negara yg dilingkongi Teluk Benggal.
    Ntah koq kenapa dari dulu hingga sekarang Benggali tuh kita
    tujukan pada kaum Sikh yg berserban asalnya dari Wilayah Sind,
    yg jual kitab Kuran tuh dari Gugerat India tuh, serta Benggali
    Kain dari Pakistan tuh. Agaknya koq da biasa sebab sejak dari
    zaman penjajah dulu2 tuh da disebot Orang Benggali…. :haha: :sd:
    Kalo na membedakan Bangla tuh, itulah Benggali Padi…
    Sebab badan Bangla tuh renik2 macam :dsadasccc: Tikus Bijik Nangka… :dsadas:

    Alamak da banyak x kisah banggali neh, koq nanti dimarahi Benggali
    Murtad tuh.. :haha: .. Kisah2 keajaiban2 dan kelebehan2 Benggali Asli
    tuh banyak lagi, hinggakan gak tercerita. Ada banyak lagi pasal Benggali
    tuh satu hari satu malam gak habes :

    (1) Ada roti Benggali dan ada sekaya Benggali.
    (2) Ada sanggol Benggali dan ada berus Benggali.
    (3) Ada batang Benggali dan ada tokong Benggali.
    (4) Ada basikal Benggali dan ada janda Benggali… :dsadas:
    (5) Ada Benggali kain dan ada Benggali ceti, dll…..

    _______ Tammad :kenyang: The End :bye: Da Habes _______

  15. ……… KISAH 9 MISTERI KEAJAIBAN BENGGALI ASLI ………

    Kisah2 keajaiban dan kelebehan Benggali Asli tuh banyak lagi,
    Kisahnya bukan seperti Hikayat 1001 Malam tuh ngak terperi,
    Kisah Benggali tuh semuanya ngak omongan benar terjadi,
    Kalo dikisahkan satu hari satu malam gak bisa habes2 lagi,
    Koq pasal banyak makan roti cepati, minyak sapi, ayam tandori,
    Sebab tuh Benggali Asli tegap besar panjang kuat dan tinggi2,
    Koq tuh lambang CB Big Strong and Friendly tuh pakai Benggali….: :haha:

    (1) Ada kisah Benggali Asli dgn Benggali Padi.
    (2) Ada kisah kasut Benggali depan rumah Benggali.
    (3) Ada kisah roti Benggali dgn peloh masam Benggali.
    (4) Ada kisah sanggol Benggali dgn berus Benggali.
    (5) Ada kisah sabun mandi Benggali dgn telaga Benggali.
    (6) Ada kisah katil tidor Benggali dgn tilam Benggali.
    (7) Ada kisah batang Benggali dgn tokong Benggali.
    (8) Ada kisah basikal Benggali dgn janda Benggali.
    (9) Ada kisah Benggali kain dgn hutang kain Benggali… :dsadasccc:

    ……… Tammad :kenyang: The :dsadsad: End :bye: Da Habes ………

    Yg da habes tuh hanya kisah perbedaan antara dua Benggali,
    Yg pertama tuh kisah Benggali Asli keduanya Benggali Padi… :haha: :sd:
    Ada 8 misteri keajaiban Benggali maseh ngak terhurai lagi,
    Cobak buk / pak fikirkan apaan lanjutannya 8 lagi misteri…. :dsadasccc: :dsadas:

    Selamat beristirehat dimalam minggu… :dsadsad: ….

  16. I prefer to call when I have questions but to use online chat is also helpful. I have already purchased goods on-line from other companies but was scared to buy drugs. Who knows what they can put in the parcel? When my package arrived I could not understand what it was as it looked as a usual registered letter.

  17. I love this article….something that can be
    distribute to our people and ourseif…..semoga kita dapat bersaing dgn ngara lain dalam apa2 aspek atau bidang…thnx a lot…

  18. keturunan + pemakanan= ketinggian..
    ayah aku tinggi+mak rendah= so aku? :korek:
    dari kecik, ke mana2 saje aku pergi, aku lah TERPENDEK antara kengkawan aku. :waa:
    Bila aku naik form1, Timbul kesedaran nak tinggi!..aku aim tak tinggi mana-160cm ke atas j..so, kerja aku, minum susu…org simpan maggie kat hostel, aku simpan susu tepung..seksa kot..dah la aku tak suka susu.. :kyu:
    Tp tak sia2 weh!!!start upper form sampai la skunk kat U, aku antara yg tertinggi among kengkwn aku.. :ketawa:
    btw: aku dah stop minum susu..tak larat weh

  19. okay sekarang baru fham kenapa. Saya sekarang umur belum cukup 15 tahun. tapi tinggi dah capai 167cm. hmm dah boleh panggil gergasi sbb classmates semua kebanyak 163cm kebawah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge