Assalamualaikum…
Mesti korang tkejut kan..neway, just bace dulu n evaluate it later…Allah sahaja yang tahu kebenarannya.Bukti kebenaran Al Quran. Fenomena ini telah disebut dalam Quran 1400 tahun dahulu dan 1999/2000 tahun gambar itu diambil oleh NASA.]
a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan
hidup selama 1500 tahun… sekarang sudah 1439 =426 + 13 tahun hijrah…
daripada ini kita ketahui kita akan
bertahan dalam masa 61 tahun lagi..
Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066
b) Saintis telah menjumpai sebuah
planet yang lebih kecil daripada bumi
yang menghala ke bumi.. Ia telah
dianggarkan bahawa planet itu akan
melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika
akan cuba untuk menukarkan orbitnya
dengan menembaknya dengan sebuah
roket… Dan saintis juga telah
menjumpai sebuah planet yang juga akan
menghentam bumi… Ia dianggarkan akan
melanggar bumi dalam masa 60 tahun
lagi.. Dan planet ini lebih besar
daripada bumi… Jikalau ini benar,
dunia akan musnah pada tahun 2065….
c) Dan dikatakan kuasa Israel akan
mencapai puncaknya pada tahun 2007…
Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14
tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa… . Dan
hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya
akan hidup selama 40 tahun dan dunia
akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat..
Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062… Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066
Wallahu’alam…
Semua ini telah dikaji… Dan yang
dipercayai paling tepat ialah hadith
yang mengatakan bahawa umat Rasulullah
akan bertahan selama 1500 tahun… Kita
telah berada di bumi ini selama 1439
tahun… Cubalah anda kirakan sendiri…
Beribadatlah wahai umat Islam
sekalian… Ini adalah antara
berpuluh-puluh artikel di internet yg
seperti ini. Dan jangan tunggu artikel
seperti ini dikeluarkan baru kita nak
buat amal. Benda ni dah diajar sejak
kita kecil lagi. Kiamat pasti tiba.
hanya orang yang leka dengan dunia shj
yang akan rugi. berhibur tidak salah
tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh
Allah. Patuhi suruhan Allah dan
tinggalkan yang mungkar. dan korang
jangan risaula..aman dunia
akhirat..sama-sama kita doakan
kesejahteraan untuk semua umat Islam.











walaupon kita manusia ada ilmu..tapi tolonglah..ilmu ALLAH itu tidak terbatas….jika semua air laut dalam dunia nih jadi dakwat..maka keringlah ia kerana nak tulis ilmu ALLAH…ini cuma sebagai satu peringatan..dengan masalah sekarang nih..byk yg ikut cara OPENMINDED yg merosakan…
[Balas Komen ni]
xanisnajwa Reply:
October 22nd, 2009 at 6:04 pm
cm ade dlm ayt al quran kn
[Balas Komen ni]
hurm betul tu
[Balas Komen ni]
“tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa… . Dan
hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya
akan hidup selama 40 tahun dan dunia
akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat..”
Rase2 Nabi Isa tu penyelamat manusia,. cam betul erk apa kawan aku dari sabah ckap. em.. Confius.. kenapa Nabi Isa. yang turun tiada nabi lain ke? Nabi Isa Yesus.
[Balas Komen ni]
xanisnajwa Reply:
October 22nd, 2009 at 6:06 pm
jesus la..ade tau sbbnye aq lpe tp Allah mmg printhkn bginda yg trun..
[Balas Komen ni]
huhuhu
aku masih muda agi….aku xnk mati agi….
aku nak berbakti lagi ke negara….
aku akan lindungi malaysia ni…..
[Balas Komen ni]
xanisnajwa Reply:
October 22nd, 2009 at 6:11 pm
lindungi islam la..2 yg pnting..negara yg ke 2
[Balas Komen ni]
boleh bgtau hadis riwayat mne yg bgtau umat muhammad akn hidup slame 1500 thun 2…
[Balas Komen ni]
mohd sufians last blog post..Apabila Anwar Ibrahim disanjung…
[Balas Komen ni]
[Balas Komen ni]
salam. hehe. klu nk kasi hadis nabi, make sure letak sanad, perawi, riwayat dsb. klu kite x tau, baik jg sebar.
[Balas Komen ni]
@nazirulmubin40 : ada apa dengan negara kalau xdak agama..wahh..semangat BTN..negara lebih penting dari agama…aku tak paham..
adib.s last blog post..Wordpress 2.7, Expanding or Hiding Your Dashboard
[Balas Komen ni]
Assalamualaikum Wm. Wbrkth.
Pembaca HYS yang budiman. Ini merupakan kali pertama saya menyertai laman ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan. Semalam saya menerima satu emel berantai bertajuk “Kiamat (Kajian Terbaru) oleh Prof. Dr. Ir. Abdullah Allatas”. Intipati emel tersebut menyebutkan perkara berikut:
1.Dalam hadith menyebutkan bahawa umat Muhammad akan hidup dalam tempoh 1500 tahun sahaja. Menurutnya, kita sekarang sudah berada dalam tahun 1485 Hijrah. Bererti hanya tinggal l5 tahun sahaja lagi bumi ini dapat bertahan (1500 – 1485 = 15).
2.Saintis telah menemui sebuah planet berukuran lebih besar daripada saiz bumi. Planet tersebut akan menghentam bumi dalam masa 9 tahun lagi. Pelanggaran ini akan menyebabkan kehancuran bumi (kiamat). Kita sekarang berada dalam tahun 2008, bererti dalam masa 15 tahun lagi (tempoh usia bumi), kiamat dijangka berlaku pada tahun 2023. Malah beliau memberi jangka masa yang tepat berlakunya kiamat iaitu pada jam 12.36am, pada tarikh 28hb Januari 2023 dengan perkiraan 2023 + 0.1¼.
3.Kuasa Israel dijangka mencapai kemuncaknya pada tahun 2009. Kekuasaannya akan jatuh semula setelah Nabi Isa diturunkan ke bumi untuk tempoh 14 – 15 tahun. Kiamat akan berlaku pada hari Nabi Isa diwafatkan. Perkiraan ini menunjukkan kiamat akan berlaku antara 2023 – 2024.
Setelah membaca emel tersebut, menyebabkan saya tidak dapat tidur lena. Bukan kerana percaya membabi buta, bahkan menyebabkan saya mengimbas kembali ilmu agama yang telah saya tuntut lebih kurang 23 tahun lamanya. Persoalan “ADAKAH PERKIRAAN INI BETUL?” terus berlegar di dalam benak saya dari semalam hingga sekarang. Untuk meringankan beban fikiran saya dan berkongsi ilmu kepada yang lain (yang juga berkemungkinan menerima emel yang sama), saya telahpun merujuk beberapa buah kitab untuk merungkai perkara yang disebutkan.
1.Hadith yang menyebutkan bahawa bahawa umat Muhammad akan hidup dalam tempoh 1500 tahun memang ada disebutkan dalam riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud (Hadith Sahih). Namun, pengkaji perlu memberi perhatian terhadap perkara berikut sebelum membuat kesimpulan terhadap kajiannya, iaitu:
a.Pengkaji mesti mengambil kira tentang ungkapan dalam riwayat yang menyebutkan: “Sebenarnya perkara itu tidak diketahui akan kebenarannya melainkan Allah”.
b.Biar pun hadith tersebut mempunyai kedudukan yang sahih, namun timbul persoalan lain, adakah tempoh 1500 tahun tersebut mengikut kiraan manusia di bumi ataupun mengikut perkiraan Allah. Perkiraan hari di antara manusia dengan perkiraan Allah sangat jauh bezanya seperti maksud firman: “Sesungguhnya sehari di sisi Tuhan mu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu” [Al-Hajj 22:47].
c.Apa yang merunsingkan saya, bagaimana pengkaji mengatakan bahawa “kita sekarang sudah berada dalam tahun 1485 Hijrah” sedangkan setahu saya kita baru berada dalam tahun 1429 Hijrah. Jikapun benar tempoh hidup umat Muhammad hanya 1500 tahun, baki kehidupan mereka mengikut perkiraan 1429 Hijrah ialah 71 tahun lagi dan bukannya 15 tahun sepertimana yang didakwa.
2.Berhubung dengan kenyataan pengkaji bahawa terdapat sebuah planet besar yang akan menghentam bumi 9 tahun akan datang yang menyebabkan berlakunya kiamat tidak lah dapat saya pastikan kesahihannya kerana saya tidak mempunyai sebarang rujukan yang berkaitan dengan ilmu astronomi. Namun demikian, beberapa perkara perlu diambil perhatian berkenaan dengan kenyataan yang disebutkan sepertimana berikut:
a.Kita sekarang berada dalam tahun 2008. Pelanggaran antara dua planet berlaku dalam masa 9 tahun lagi yang menyebabkan berlakunya hari kiamat seperti yang didakwa. Ini bererti, pelanggaran akan berlaku pada tahun 2017 (2008 + 9 = 2017). Di sini jelas, kenyataan kedua yang diberikan oleh pengkaji ini bercanggah dengan keyataan pertamanya yang mengatakan bahawa kiamat akan berlaku pada tahun 2023. Tidak mungkin kiamat berlaku sebanyak dua kali, iaitu sekali pada tahun 2017 dan sekali lagi berlaku pada 2023! Tidak mungkin umat Muhammad telah dihancurkan pada tahun 2017 dan diganti dengan umat baru dan dihancurkan sekali lagi pada tahun 2023! Ini bersalahan dengan hadith Rasulullah yang bermaksud: “Tiada nabi selepas ku dan tiada umat selepas umatku” (Hadith Sahih).
b.Kaedah perkiraan yang dilakukan oleh pengkaji tidak konsisten, di mana perkiraan awal dilakukan dengan tahun Hijrah (yang jauh meleset dari tahun Hijrah sebenar), sementara perkiraan kedua pula dilakukan dengan tahun Masihi. Perkiraan yang becampur baur ini menyebabkan mesej yang hendak disampaikan oleh pengkaji tidak jelas dan sangat mengelirukan.
c.Berhubung dengan jangka waktu yang disebutkan berlakunya hari kiamat iaitu pada jam 12.36am, pada tarikh 28hb Januari 2023, saya ingin mengambil perhatian semua akan perkara berikut:
- Siapalah kita untuk berani menentukan jam dan tarikh berlakunya hari kiamat. Sedangkan Rasulullah sendiri – sebagai kekasih Allah – apabila ditanyakan tentang bila berlakunya hari kiamat, baginda menjawab: “Maha Suci Allah 5 perkara ghaib yang tidak diketahui kecuali Allah, sesungguhnya Allah sahajalah yang Maha Mengetahui bila berlakunya hari kiamat, Maha Mengetahui bila dan di mana turunnya hujan, Maha Mengetahui jantina anak dalam kandungan, Maha Mengetahui rezeki yang akan diperolehinya kemudian, Maha Mengetahui di bumi mana dia akan dikuburkan”. (Hadith Sahih). Jangan kan Rasulullah, malah para malaikat yang tersangat rapat dengan Allah pun tidak mengetahui bila berlakunya hari kiamat. Sehinggakan malaikat Jibril pernah bertanya tentang bila berlakunya hari kiamat kepada Rasulullah, baginda menjawab: “Orang yang ditanyakan tidak mengetahuinya, apatah lagi orang yang bertanya” (Hadith Sahih).
- Berhubung dengan jam dan tarikh berlakunya hari kiamat iaitu pada 12.36am (tengah malam), bersamaan 28hb Januari 2023, setelah merujuk perhitungan kalender yang tersedia ada, ia berlaku pada hari Isnin mengikut perhitungan Masihi kerana perubahan hari berlaku pada jam 12 tengah malam dan hari Ahad mengikut perkiraan Hijri kerana perubahan hari dalam kalendar Islam bermula selepas terbenamnya matahari, iaitu kira-kira jam 6.10pm (waktu Brunei). Kenyataan ini juga bersalahan dengan hadith Rasulullah yang menyebutkan: “Diciptakan Adam pada hari Jumaat, dan dia dimasukkan ke dalam syurga pada hari Jumaat, dia diturunkan ke bumi pada hari Jumaat, dia diwafatkan pada hari Jumaat, dan pada hari itu juga lah (Jumaat) berlaknya kiamat, iaitu jam terakhir dari hari jumaat”. (Hadith Sahih).
3.Berkenaan dengan kebangkitan Israel pada tahun 2009, tidaklah dapat dipastikan. Walau bagaimana pun, beberapa perkara yang ingin saya beri perhatian di sini ialah:
a.Kenyataan yang diberikan ini berkemungkinan merupakan satu jangkaan pengkaji sahaja iaitu semata-mata untuk menyelaraskan dengan hasil penemuannya yang menjangkakan kiamat akan berlaku dalam tempoh 15 tahun lagi.
b.Sementara dakwaan pengkaji bahawa kiamat akan berlaku pada hari wafatnya Nabi Isa, merupakan satu kenyataan yang tidak dapat disokong sama sekali kerana terdapat banyak hadith sahih yang menceritakan selepas kewafatan Isa manusia akan kembali melupakan Allah, timbulnya dajjal, ya’juj ma’juj, pencerobohan Mekkah, kewafatan Nabi Khidir, matahari terbit dari barat, dan banyak perkara lagi yang berlaku sebelum kiamat. Semua senario ini berlaku dalam jangka waktu yang panjang. Tidak mungkin kesemuanya berlaku dalam sehari iaitu pada hari kawafatan Nabi Isa.
c.Kenyataan yang diberikan oleh pengkaji yang mengatakan kiamat akan berlaku dalam lingkungan 2023 – 2024, jelas sekali menggambarkan bahawa pengkaji gagal untuk memberi penjelasan tepat tentang tarikh dan jam berlakunya hari kiamat seperti yang disebutkannya dalam kenyataan sebelumnya. Jika dilihat kembali pada tarikh berlaku kiamat pada 28 Januari 2024 pula, tetap saja meleset daripada hadith yang telah saya sebutkan, di mana tarikh tersebut jatuh pada hari Isnin mengikut kalendar Masihi, dan hari Selasa mengikut kalendar Hijri.
Sebelum saya mengundurkan diri, segala yang baik datangnya daripada Allah, dan segala kekurangan itu datangnya daripada kelemahan saya sendiri. Untuk itu, saya memohon ampun daripada Allah jika apa yang saya ungkapkan di sini tidak tepat. Saya juga memohon daripada pembaca HYS yang budiman untuk membetulkan jika ada kenyataan yang saya buat di sini tidak betul.
Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Prof Dr. Ir. Abdullah Allatas atas sumbangan ilmu barunya dalam agama. Sekurang-kurangnya dengan ilmu tersebut dapat membuka minda kepada semua untuk memberikan pandangan masing-masing.
Sebagai kesimpulan, persoalan bila berlakunya hari kiamat tidak perlu dikira, kerana itu bukan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada manusia. Biarlah perkara itu kekal dalam urusan Allah. Apa yang perlu ialah, beriman dengan adanya hari kiamat dan beramal sebanyak mungkin sebagai persediaan menghadapi hari kiamat. Kita perlu tahu, “kiamat hanya akan berlaku apabila tidak ada seorangpun di muka bumi ini mengingati Allah” (Hadith Sahih). Oleh itu, mudahan kita semua diwafatkan sebelum berlakunya hari kiamat, kerana jelas maksud tersirat daripada hadith ini bahawa orang yang hidup sehingga berlakunya kiamat adalah orang yang melupakan Allah, dan mereka setentunya orang yang rugi di padang mahsyar. Na’uzubilla.
[Balas Komen ni]
cepat_cepatlah prsiapkn diri
[Balas Komen ni]
pada pendapat sy,kite xyah la nk mengira bilenye akan berlaku kiamat tu..hanya ALLAH yg Maha Mengetahuinya..kite sebagai hamba hanya perlu mengerjakan suruhan-NYA dan menjauhi larangan-NYA.. sedangkan Nabi Muhammad SAW pon xmengetahuinya apalagi kite hamba yg kerdil disisi ALLAH ni..
MATI ITU PASTI…
[Balas Komen ni]
xanisnajwa Reply:
October 22nd, 2009 at 6:10 pm
wallahua’alam bissawab
[Balas Komen ni]
[Balas Komen ni]
[Balas Komen ni]
ya Allah…arrahmann arrahimm..ya jalalilwalikram…ampunkanlah dosa semua orang mukmin dan mukminat sama ada yang masih hidup mahupun sudah meninggal dunia…yaAllah…Panjangkanlah umur kami semua ….kurniakanlah kami semua sifat mahmudah dan jauhi lah kami dari sifat mazmumah..dan mati kanlah kami dalam keadaan khusnul khatimah….AMIN YA RABBAL ALAMIN..
[Balas Komen ni]
ya Allah…arrahmann arrahimm..ya jalalilwalikram…ampunkanlah dosa semua orang mukmin dan mukminat sama ada yang masih hidup mahupun sudah meninggal dunia…yaAllah…Panjangkanlah umur kami semua ….kurniakanlah kami semua sifat mahmudah dan jauhi lah kami dari sifat mazmumah..dan mati kanlah kami dalam keadaan khusnul khatimah….AMIN YA RABBAL ALAMIN..
[Balas Komen ni]