10 Anggota Bomba Disambar Api

10 daripada anggota bomba yang terlibat dalam operasi memadam kebakaran di sebuah kilang tayar di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa mengalami kecederaan.Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 8 pagi semalam apabila sebuah tangki minyak silinder yang terletak di bahagian belakang kilang tersebut tiba-tiba meletup sehingga menyebabkan api menyambar anggota terbabit.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan,Azmi Osman,ada empat tangki minyak silinder di tempat tersebut dengan dua daripadanya mengalami kebocoran dan terbakar dengan salah satu daripadanya meletup.Kejadian itu berlaku ketika operasi memadam kebakaran tersebut hampir selesai.

Menurut Azmi,antara kecederaan yang dialami anggotanya ialah melecur pada muka,tangan,leher dan badan.Diantara pegawai dan anggota bomba yang mengalami kecederaan serius ialah Pegawai Kanan Bomba I(PBK I),Abdullah Din Mohamed,Nazah Nafi, Pegawai Bomba(PB),Wan Asri Wan Yaacob,PB Zulkifli Mahmad dan PB Abdul Razak Abdullah.

Sementara itu,lima lagi yang mengalami kecederaan ringan dan dirawat di Unit Pesakit Luar ialah Penguasa Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Kelantan,Shahrin Yusmar Mat Yusoff,PB Mohd.Zakee Daud,PB Rohanizam Othman,PB Mohd.Fathir Mohd.Jusoh dan PB Mohd.Shaiful Fitri.

Pemilik kilang berkenaan,Ong Cheok Hong berkata beliau dimaklumkan mengenai kejadian tersebut oleh pekerjanya kira-kira pukul 8.10 pagi dan terus menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan.Katanya gudang tersebut sebelum ini digunakan untuk aktiviti mencelup tayar terpakai sebelum operasi kilang tersebut dipindahkan ke Lembah Klang sejak beberapa bulan lalu dan gudang tersebut kini hanya dijadikan pusat servis tayar sahaja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge