10 Negara Musuh Blogger..!!

1. MESIR

Pada tahun 2008, seramai 100 orang blogger telah ditangkap kerana pelbagai kesalahan oleh pemerintah Mesir. Kesemua laman web yang ingin memasuki Mesir mestilah mendapat tapisan daripada laman web milik pemerintah Mesir iaitu Egypt Telecom.

2. TURKMENISTAN

 

Presiden Gurbanguly Berdymukhammedov telah membuka isolasi negaranya kepada dunia dengan menyediakan akses internet. Namun, apabila kafe internet yang pertama telah dirasmikan pada tahun 2007, bala tentera Turkmenistan mengawasi kafe tersebut siang dan malam dengan ketat. Walaupun jaringan telekomunikasi Rusia MTS telah memasuki pasaran Turkmenistan dan mula menawarkan akses internet melalui telefon bimbit pada Jun 2008,pengawasan pemerintah tetap diadakan agar tiada blogger yang terlepad saripada mengkritik kerajaan itu. 

3. CHINA

 

Hampir 300 juta orang menggunakan internet di China~melebihi mana mana negara di dunia. Namun pemerintahnya masih sempat melakukan program sensor bagi pengguna online. Pengawasan yang ketat dilakukan dan jangan harap ada e-mail yang bebas daripada skrin monitor pemerintah. Sekurang-kurangnya terdapat24 penulis di dunia maya telah masuk penjara. Pada tahun 2008, Pejabat Badan Pembersihan Pornogarfi dan Memerangi Publikasi Haram 
mengumumkan telah menghapuskan laman web haram di nagara tersebut. 

4. TUNISIA

Seluruh lalu lintas internet mesti melalui jaringan sentral, yang membolehkan pemerintah menapis dan mengawasi email. Penulis online bernama Slim Boukhdhir dan Mohammed Abbou harus meringkuk di penjara kerana hasil tulisan mereka.

5. VIETNAM

Para blogger nekad untuk mencuba mengisi berita-berita bersifat nasionalisme yang telah ditinggalkan oleh media tradisional yang dikontrol pemerintah. Oleh itu, pihak pemerintah telah membuat peraturan baru. Pasa akhir September 2010, blogger terkenal Nguyen Van Hai, yang dikenal Dieu Cay, telah dijatuhi hukuman 30 bulan penjara atas tuduhan tidak menghindarkan diri dari membayar cukai. Hasil penyelidikan CPJ menunjukkan hukuman itu sebagai balasan dari blog Nguyen. Pada oktober 2008, menteri Informasi dan Komunikasi Vietnam telah membuat satu laman web baru untuk memonitor internet.

6. ARAB SAUDI

Sekitar 400 ribu laman web telah di tutup di negara ini, termasuk yang berkaitan dengan isu politik, sosial atau isu-isu agama. Pemerintah akan dengan cepat menutup apapun yang kontra dengan negara atau sistemnya. Blogger Ahmed al-Farhan dipenjara tanpa diadili untuk beberapa bulan pada tahun 2007 dan 2008 karena menyuarakan perubahan dan pembebasan kepada tahanan politik.

7. CUBA

Hanya pejabat pemerintah dan mereka yang mempunyai hubungan dengan Parti Komunis yang diperbolehkan mengakses internet. Pada umumnya masyarakat menggunakan internet malalui hotel atau kafe internet yang diawasi dengan ketat oleh pemerintah, maksudnya mereka harus membuat bayaran yang mahal melalui voucher. Pemerintah Cuba pernah memenjarakan sebanyak 21 penulis dalam laman web online pada sedekad ini.

8. SYRIA

Pemerintah menggunakan filter untuk menutup laman web yang sensitif dengan isu politik. Para blogger boleh ditahan jika terbukti mereka mengkritik pemerintah atau mempunyai laman web yang anti-pemerintah. Pada tahun 2008, menteri komunikasi telah mengarahkan pemilik kafe internet untuk mencatat setiap pelanggan dan berapa kali menggunakannya dan mengirimkan dokumentasi ini secara berkala. Whaed al-Mhana,penulis untuk laman web arkeologi yang dianggap membahayakan, telah disoal selidik di muka pengadilan kerana kritikannya mengenai pengeboman pasar di kota tua Damaskus.

9. IRAN

Pihak pemerintah di negara ini tidak segan-segan menahan para blogger yang mengkritik mengenai agama, politik, Dan revolusi Islam.. Pemerintah telah meminta semua blogger di seluruh negara mendaftarkan laman web mereka ke Kementerian Kesenian dan Budaya. Pemerintah juga mendakwa telah menutup jutaan laman web haram. Baru-baru ini pejabat pengadilan yang diwujudkan khas untuk menangani kes internet dan bertugas dalam bidang ini telah dibentuk. Blogger Omidreza Mirsayafi telah dimasukkan ke penjara kerana dianggap menghina pemimpin keagamaan negara, yang dipenjara di Penjara Evin pada Mac lalu.

10. BURMA

Merupakan negara dengan sensor yang ketat bagi media cetak dan televisyen, dan kini juga mula membatasi aktiviti blog dan internet. Tekanan bagi pengguna internet peribadi sangat kecil –hanya sekitar 1% menurut OpenNet Intiative– membuatkan banyak warga Burma mengakses internet melalui kafe. Namun, pemerintah telah melaksanakan aturan ketat bagi kafe dengan akses internet, bahkan memonitor penggunaan e-mail dan cara komunikasi lain dan menutup akses dari laman web parti pembangkang. Sekurang-kurangnya ada dua blogger yang masuk penjara, iaitu Maung Thura, yang popular dengan penggilan Zarnagar, kerana dia telah mengkritik video mengenai Cyclone Nargis 2008.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge