3 Bulan Untuk Kaji Semula SBPA

Menurut berita terbaru, petugas SBPA diberi tempoh sehingga 3 bulan untuk mengkaji semula skim ini berdasarkan input dan cadangan dari pelbagai pihak. Petugas khas ini diketuai oleh bekas pengarah JPA. Mereka diberi tanggungjawab untuk menjadikan skim ini sesuai dan dapat memenuhi semua pihak dalam perkhidmatan awam.

Banyak komplen sebelum ini dari kakitangan awam terutamanya dari bahagian pelaksana dan bawahan. Skimi ini dikatakan tidak seimbang di mana kakitangan bawah hanya mendapat sedikit kenaikan gaji manakala kakitangan atasan mendapat kakitangan yang terlalu tinggi. Selain itu polisi exit policy juga perlu diberi perhatian.

Sepatutnya, skim ini perlu melibatkan semua pihak dari peringkat awal supaya perlaksanaanya tidak mendapat komplen dan kritikan dari orang ramai. Skim baru ini tidak boleh syok sendiri dan dibuat oleh sebelah pihak sahaja. Biarlah mendapat kerjasama dan mendapat input dari semua golongan dari kakitangan awam dan juga rakyat.

Semoga semuanya dapat berjalan dengan lancar dan kakitangan awam pula terus melakukan khidmat kepada rakyat dan negara dengan baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

4 thoughts on “3 Bulan Untuk Kaji Semula SBPA

  1. Kalo mulanya contrast gaji Turus/Jusa dgn PRA amat jauh berbeda..
    Eluk sangat dibuat kajian semula, supaya berlaku adil dan saksama,
    tapi mahulah bersesuaian dgn kelayakan dan bidang tugas… :dsadasccc: :ooo: :sd:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge