Alat Buka kereta tanpa bunyi

Satu taktik pecah kereta terbongkar selepas polis menahan seorang lelaki berusia 36 tahun yang terbabit dengan jenayah samun kenderaan dalam serbuan di sebuah kondominium di Petaling Jaya, 13 Disember lepas.

Caranya ialah menggunakan sejenis peralatan elektronik buatan Taiwan. Alat itu dapat mematikan sistem penggera kereta dengan mudah kerana dikatakan mampu memintas frekuensi sistem penggera kenderaan.

Selepas  pintu kereta berjaya dibuka, penjenayah akan masuk mengambil barang berharga dalam kereta berkenaan sebelum melarikan diri.

Modus operandi suspek ialah menunggu dalam kereta di parkir pusat beli-belah dan menggunakan alat berkenaan untuk memintas frekuensi penggera kereta mangsa.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad menunjukkan alat tersebut yang digunakan suspek . – foto Metro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

One thought on “Alat Buka kereta tanpa bunyi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge