Anak Berusia 3 Tahun Ditinggal Ibu Bapa

Seorang kanak-kanak comel berusia tiga tahun ditinggalkan oleh ibu bapanya untuk dipelihara oleh seorang peniaga sejak tiga bulan lalu di Perak.Lebih memilukan,bapa kanak-kanak malang itu,Chong Chee Liong sanggup pula mengucapkan selamat hari lahir untuk anaknya itu melalui khidmat pesanan ringkas baru-baru ini.

Dia juga sanggup meletakkan sebiji kek hari jadi untuk anaknya itu di hadapan pintu pagar rumah penjaga anaknya.Wanita yang dikenali sebagai Madam Choong memelihara Chong Mei Sem berkata,kanak-kanak tersebut ditinggalkan oleh ibunya sendiri yang dikenali sebagai Chu Sin di rumahnya di Kampung Gunung Rapat dekat sini pada kira-kira pukul 10 malam,9 Ogos lalu.

Katanya, Chu Sin meminta dia menjaga Mei Sem sementara dia keluar untuk mencari kerja dan berjanji memberikan upah sebanyak RM1,000 sebulan.Namun upah sebanyak RM1,000 itu hanya diberi pada September sahaja dan selepas itu langsung tiada apa-apa berita daripada mereka.Menurutnya,Mei Sem seorang kanak-kanak yang baik dan tidak pernah buat perangai.

“Apabila diberitahu ibu bapanya tiada,dia cuma diam dan bermain seperti biasa.Cuma sekarang saya tidak mampu lagi menanggungnya.Saya minta ibu atau bapanya ambil semula anaknya dan saya beri masa seminggu sebelum menyerahkan kanak-kanak ini ke Jabatan Kebajikan Masyarakat,” ujarnya.

Sementara itu,Kon Yin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ibu bapa kanak-kanak itu supaya menghubungi beliau menerusi talian 05-253 6981 atau 012-515 1178.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge