AS Tolak Tawaran Bantuan Kumpulan Islam.

Amerika Syarikat menolak tawaran bantuan yang dihulurkan oleh sebuah kumpulan Islam selepas selepas taufan Sandy melanda negara itu pada Isnin lalu.Pemimpin kumpulan Lashkar-i-Taiba,Hafiz Muhammad Saeed menawarkan untuk menghantar sejumlah kakitangan kecemasan dan bekalan kemanusiaan ke wilayah yang teruk dilanda taufan tersebut.Bantuan tersebut akan dihantar menerusi badan kebajikannya,Jamatud Dawah(JuD).

Namun kedutaan AS terus menolak tawaran tersebut tanpa berfikir panjang dimana penolakan itu dibuat di akaun Twitter.

“Kami menghormati tradisi orang Islam membantu manusia yang memerlukan bantuan.Bagaimanapun,kami tidak dapat menerima tawaran Hafiz.Hafiz dikehendaki kerana terlibat dalam serangan pengganas di Mumbai yang menyebabkan 116 orang terbunuh.JuD pula ialah pertubuhan pengganas yang disenaraikan AS dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,”kata kedutaan AS.

Bagaimanapun,kumpulan berkenaan memberi reaksi balas menerusi Twitter.

“Bantuan kami ditawarkan untuk penduduk AS,kami akan melibatkan penduduk Islam di AS untuk berada di barisan depan bagi membantu rakan senegara mereka,”

Hafiz disyaki pihak berkuasa AS dan India merancang serangan pengganas di Mumbai pada 2008.Sementara itu,harga minyak meningkat di pasaran New York ekoran taufan tersebut.Harga penghantaran untuk minyak mentah pada bulan Disember naik 48 sen(RM1.46) kepada RM86.16(RM262.443) setong.

Presiden AS,Barack Obama semalam turut membatalkan parti Halloween bersama kanak-kanak di White House,Washington kerana Obama akan melawat kawasan yang teruk dilanda kemusnahan akibat taufan itu.

Obama juga akan menangguhkan kempen pilihan raya presiden selama beberapa hari bagi memberi tumpuan terhadap kerja-kerja membantu dan membaiki kerosakan akibat taufan tersebut yang melanda Pantai Timur AS.Pilihan raya presiden akan diadakan pada 6 November ini.Beberapa ahli ekonomi menyatakan kerugian akibat taufan tersebut ialah antara AS$30 bilion(RM91.39 bilion) hingga AS$50 bilion(RM152.33 bilion).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge