ATM rampas pil kuda RM8 juta

Dilaporkan sejak mengambil alih kawalan sempadan Malaysia-Thailand selama 4 hari, ATM telah berjaya merampas 398,000 biji pil kuda dan nilai rampasan itu dianggarkan benilai RM 8 juta, kelmarin.

Rampasan itu dibuat ketika serbuan di pangkalan  Ibrahim Pencen, Rantau Panjang pada jam 11.15 malam.

Ketika kejadian,  anggota yang bertugas terserempak dengan seorang lelaki  dan lelaki itu dikatakan memikul 2 kotak dan satu guni menuju ke arah sebuah motosikal menggunakan nombor pendaftaran Thailand.

Apabila diminta berhenti, lelaki itu tiba-tiba terjun ke dalam sungai golok dan pihak anggota tidak dapat mengenalpasti lelaki itu warga tempatan atau luar kerana lelaki itu telah terlepas.

Selepas membuat pemeriksaaan terhadap barang rampasan  mendapati terdapat kotak dan 49 bungkusan plastik diisi dalam guni yang mengandungi pil kuda.

Pil kuda yang dirampas oleh pihak ATM – foto kosmo.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge