Banglo Bekas Menteri Musnah Terbakar.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk T. Murugiah mengalami kerugian kira-kira RM400,000 apabila banglo tiga tingkat miliknya musnah terbakar dipercayai akibat litar pintas dekat Jalan Berlian 1,Taman Perwira,Gombak.Bagaimanapun,kejadian pada pukul 8.30 malam itu tidak melibatkan sebarang kecederaan kerana kesemua lapan ahli keluarga termasuk pembantu rumahnya keluar.

Menurut Murugiah,49,dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh jiran dan pengawal banglonya setengah jam kemudian ketika dalam perjalanan untuk mengambil anak sulung lelakinya berusia 23 tahun yang tiba dari London di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA),Sepang.

Katanya, mereka pergi ke KLIA dengan menaiki dua buah kereta untuk menjemput anaknya yang baru menamatkan pengajian dalam bidang Pentadbiran Perniagaan Antarabangsa.

“Kami bergegas pulang sebaik mengambil anak.Sebaik sampai,saya dapati api telah dipadamkan.Seluruh rumah dari tingkat bawah hingga aras tiga hangus dijilat api,”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge