Bas Jelajah Pakatan Rakyat, Disimbah Cat dan Dipecahkan Cermin

Bas yang digunakan oleh Pakatan Rakyat untuk untuk menggerakkan Jelajah Merdeka Rakyat dilaporkan telah diserang oleh sekumpulan pemuda kira-kira jam 5 pagi tadi ketika bas itu diletakkan di hadapan Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan.

Perbuatan merosakkan bas ini dengan menyimbah cat merah dan cermin dipecahkan disyaki dilakukan oleh ‘samseng upahan’.

“Jelajah Merdeka Rakyat: Bas diserang di KB (Kota Bharu) jam 5 pagi – cat merah dan pecah cermin. Samseng bermarajalela. Staf ke IPD buat laporan,” kata Anwar, yang juga Ketua Umum PKR menerusi Twitter sebentar tadi.

Bas Jelajah Merdeka Rakyat yang kini dalam rangka perjalanan ke Pahang, Kelantan, Kedah dan Perlis.Bas Jelajah Pakatan Rakyat ini akan terus menerus bergerak hingga ke hari mengundi.

Bas itu mempunyai 19 tempat duduk, dilengkapi sistem bunyi dan pentas segera, kemudahan wifi, tempat mesyuarat dan tandas.

Cermin depan dipecahkan dan simbahan cat merah boleh dilihat pada bas tersebut.-Sinar Harian

VIDEO VIDEO

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge