Bayi 2 Bulan Maut Tercekik Biji Rambutan

Dilaporkan seorang bayi lelaki berusia 2 bulan maut tercekik biji rambutan yang disuapkan abangnya yang berusia dua tahun, di Terengganu petang kelmarin.

Menurut ibu mangsa yang juga pengawai keselamatan Hospital Sultanah Nur Zahirah berkata:

“Saya difahamkan Mohd Haikal Fikri dan suami sedang makan buah rambutan di ruang tamu dan suami ke dapur untuk membuat susu selepas Mohd Hafizie Farhan menangis sebaik terjaga dari tidur.

“Mungkin kerana sudah biasa menyuapkan puting setiap kali adiknya menangis, Mohd Haikal Fikri cuba memujuk adiknya dengan menyuapkan biji rambutan ketika suami membancuh susu di dapur.

“Apabila kembali ke bilik, suami melihat bayi kami pucat dan sesak nafas.

Suami menyedari Mohd Hafizie Farhan tercekik biji rambutan selepas melihat biji rambutan yang dipegang Mohd Haikal Fikri tiada lagi di tangannya,” kata Ibu mangsa, Fatin Syamimi Azman, 18.

Kepada ibu bapa diluar sana berhati-hatilah ye ketika menjaga bayi semasa makan rambutan tu ataupun perkara yang lain yang boleh dianggap berbahaya kepada anak-anak anda. Semoga berita ini boleh dijadikan panduan supaya tidak berlaku kepada yang lain.


Ahli keluarga bayi tersebut ketika mengangkat jenazah Mohd Hafizie Farhan yang meninggal akibat tercekik biji rambutan. foto Berita Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge