Bekas Jurusolek Amy Mastura mati dibunuh

Dilaporkan seorang jurusolek artis mati dibunuh dengan tangan dan kaki terikat selain lehernya turut dijerut di rumahnya di Jalan Mangga, dekat Jalan Ipoh, di sini, malam kelmarin.

Mangsa, Othman Hassan, 52 atau dikenali dengan nama Dicky dipercayai sudah meninggal dunia lebih 24 jam sebelum dijumpai oleh abangnya pada jam 8 malam Selasa setelah ke rumah Dicky selepas beberapa kali gagal menghubunginya adiknya itu.

Hasil siatan tiada punca pecah masuk dirumahnya dan mangsa dipercayai dibunuh oleh orang yang dikenalinya dan dipercayai mati akibat kelemasan selepas mulutnya disumbat dengan secebis pakaian.

Difahamkan Dicky sebelum ini pernah menjadi jurusolek kepada artis seperti Amy Mastura, Ziana Zain, Erra Fazira dan Nasha Aziz pada tahun 1990-an.

Dalam pada itu Amy Mastura terkejut dengan berita ini dan dia berasa sedih.

“Saya tidak mampu berkata apa-apa selain sangat bersedih dengan kehilangan Dicky lebih-lebih lagi kematian dalam keadaan yang sangat menyayat hati,” kata Amy Mastura.

Video laporan kes Juru mekap Artis mati dibunuh


ANGGOTA polis menyiasat kematian Dicky di rumah sewanya di Jalan Mangga, Kampung Kasipillay, Sentul kelmarin. – foto kosmo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge