Bendera Malaysia dinaikkan di selatan Thai

Di Selatan Thailand, Pattani bendera Malaysia dinaikkan dan beberapa helai bendera Thailand dibakar disyaki dilakukan oleh kumpulan pemberontak negara gajah putih itu dalam operasi pengeboman terancang yang jarang berlaku disitu.

Sekurang-kurangnya 60 lokasi di Narathiwat dan Pattani dijumpai alat seperti bom. Kebanyakan alat itu adalah palsu, tetapi hampir 12 unit daripadanya meletup dan mencederakan enam orang tentera.

Bendera-bendera tersebut dipasang di sepanjang jalan, tiang elektrik, pokok dan laluan pejalan kaki di wilayah Yala, Pattani, Narathiwat dan Songkhla. Punca tindakan kumpulan pemberontak itu memasang bendera Malaysia masih belum diketahui.


Beberapa orang anggota polis Thailand memeriksa kawasan sekeliling sebuah perhentian bas yang dipasang bendera Malaysia di wilayah Narathiwat, semalam. – kredit AFP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge