Benteng Empangan Paya Peda, Besut terpaksa dipecah

Dilaporkan sebahagian benteng Empangan Paya Peda di Besut, terengganu yang masih dalam pembinaan terpaksa dipecahkan semalam untuk melepaskan takungan air demi keselamatan penduduk sekitar.

Perkara ini terpaksa dilakukan demi mengurangkan risiko tekanan pada kandungan air berlebihan di empangan.

“Empangan ini belum lagi siap dan kandungan air di dalamnya mungkin belum sampai tahap maksimum. Kita takut tekanan dan air melimpah dan sebagainya, sebab itu kita terpaksa buat (pecahkan) melibatkan perunding, kontraktor dan JPS (Jabatan Perparitan dan Saliran),” kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Empangan Paya Peda yang dibina 2 tahun lalu dengan kos RM333 juta dijangka siap pertengahan tahun depan .


Gambar grafik Empangan Paya Peda, Besut.kredit Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge