Berebut Meja Usang, Peniaga bergelar Datuk Seri Didakwa Menyebabkan Kematian

Hanya kerana berebut sebuah meja usang, Seorang Datuk Seri dan anak lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menyebabkan kematian seorang peniaga air minuman di bazar larut malam, Downtown The Mines, 13 Ogos lepas.

Ketika pertuduhan dibacakan di mahkamah mereka mengaku tidak bersalah. Tertuduh Datuk Seri Jaafar Shaari, 50 dan anaknya Ahmad Jiwari Jaafar, 23 didakwa melakukan pergaduhan sehingga menyebabkan kematian Azahari Sidek, 44.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pada 14 Ogos lepas, akhbar melaporkan seorang peniaga air minuman mati dibelasah sekumpulan lelaki di bazar larut malam di kawasan Downtown The Mines pada waktu awal pagi.

Sumber mengatakan, sebelum kejadian tersebut, Azahari dan Datuk Seri terbabit sebelum ini berkawan baik. Namun disebabkan berebut sebuah meja usang mereka telah bergaduh sehingga menyebabkan kematian Azahari. Azahari meninggal ketika dalam perjalanan ke Hospital.

Gambar kiri sekali, Jaafar dan anaknya Ahmad Jiwari (tiga dari kiri) ketika dibawa keluar dari Mahkamah semalam. – gambar Kosmo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge