Bonus Kakitangan Awam 2015 Diawalkan

Menurut berita terkini yang diperolehi, bonus kakitangan awam yang dijadualkan diberi pada 22 Januari 2015 telah diawalkan kepada 5 Januari 2015. Ini mungkin berdasarkan beberapa faktor seperti kejadian banjir besar yang melanda beberapa negeri di Malaysia dan juga kerana waktu persekolahan yang mula lewat iaitu pada 14 Januari 2015.

Namun berita ini mungkin belum sampai atau diketahui secara meluas kerana ini adalah maklumat yang diperolehi melalui surat dalaman. Untuk kakitangan awam, mungkin kena tunggu berita rasmi terlebih dahulu seperti berita waktu persekolahan yang telah dilewatkan permulaannya.

Apapun, semoga berita ini dapat meringankan lagi beban kakitangan awam yang terlibat dengan masalah banjir dan juga dapat membantu mereka yang bukan kakitangan awam tapi terlibat dengan bencana banjir. Semoga negara kita selamat dan aman seperti sediakala.

UPDATE 5 JANUARI 2015:

Duit bonus belum masuk dan diberitakan ditangguh hingga tarikh yang akan diumumkan kemudian. Kalau tak masuk2 gak, 22 Januari 2015 ler jawabnya.

:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge