Buang mayat bayi di tandas hospital

Seorang remaja berusia 16 tahun yang telah terlanjur bertindak cuba mengepam mayat bayi yang baru dilahirkannya ke dalam mangkuk tandas di Wad Teratai 2C di Hospital Tengku Ampuan Afzan ,Kuatan Pahang semalam.

Perbuatan terkutuk itu akhirnya kantoi apabila mayat bayi yang cuba dipam itu tersekat dalam mangkuk tandas dan ia disedari oleh seorang kakitangan hospital tersebut pada jam 4.45 pagi.

Dilaporkan, sebelum kejadian itu, remaja tersebut pergi ke hospital berkenaan untuk menemui ibunya yang sedang dirawat.

Dia kemudian telah pergi ke wad tersebut untuk melahirkan bayi di dalam tandas kerana kawasan tersebut dipenuhi dengan ibu bersalin dan beranggapan bahawa tangisan bayi disitu dapat menutup kelakuan tidak berperikemanusiannya itu.

“Siasatan mendapati kepala dan badan bayi malang itu tersumbat di dalam lubang mangkuk tandas sebelum kita mendapatkan bantuan bomba untuk mengeluarkan mangsa.

“Selepas menjalankan siasatan, kita kemudian dapat menahan remaja berkenaan di dalam kawasan hospital. Soal siasat kemudian mendapati remaja itu mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu,” kata Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff iaitu Ketua Polis Daerah Kuantan.

Tambahnya, pemeriksaan terhadap suspek menemui kesan yang dia baharu sahaja melahirkan anak. Suspek juga bertindak meninggalkan bayinya selepas mendapati ia tersumbat di dalam mangkuk tandas tersebut.

Remaja perempuan itu kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Sementara itu salah seorang daripada anggota bomba yang ditugaskan mengeluarkan mayat bayi baru lahir itu berkata.

“Hampir menitis air mata saya melihat mayat bayi tidak berdosa itu terperosok dalam lubang tandas, tapi demi tanggungjawab, saya dan tujuh rakan yang lain kuatkan juga semangat untuk menjalankan tugas.”


Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan (HTAA).


Lakaran fakta dalam wad bersalin tersebut-Metro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge