Campak Bayi Dari Tingkat Tiga.

Kejadian berlaku di Petaling Jaya kira-kira pada pukul 11 pagi,ketika terdapat insan yang bersemangat menantikan kelahiran anak sempena Hari Malaysia lain pula dengan seorang gadis berusia 20 tahun yang sanggup mencampak bayi yang baru dilahirkan dari tingkat tiga Blok 1,Flat Desa Mentari.

Mayat bayi perempuan malang itu kemudian ditemui dengan kesan kecederaan di badan dengan kepala yang sudah kemek oleh seorang penduduk yang terkejut mendengar bunyi satu objek jatuh di tempat letak kereta flat tersebut

Saksi kejadian,Jundi Mat,35, berkata sebelum menemui bayi itu, dia terdengar bunyi objek jatuh di tempat letak kenderaan dalam jarak kira-kira dua meter dari tempat dia berada.Menurut pemuda itu, dia pada mulanya menyangka objek yang tertiarap di kawasan letak kereta tersebut anak patung sebelum dia kemudian menghampiri objek itu.

“Alangkah terkejutnya saya apabila objek tersebut bukan anak patung tetapi rupa-rupanya seorang bayi dalam keadaan berbogel,masih bertali pusat dan berlumuran darah.Bayi yang kepalanya turut kemek tidak menangis dan tidak bergerak kerana sudah tidak bernyawa,”cerita Jundi yang bekerja sebagai pemandu lori.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

One thought on “Campak Bayi Dari Tingkat Tiga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge